JDT ‘henjut’ Kelantan United 2-0
Johor Darul Ta’azim (JDT) dipaksa bermandi peluh sebelum berjaya menundukkan Kelantan United FC (Kelantan United) dengan jaringan 2-0 pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, sebentar tadi.
Kelantan United atau lebih dikenali dengan jolokan Sang Kijang Hijau ternyata tidak memberikan laluan mudah buat JDT dengan bekerja keras untuk memastikan pendahulu saingan Liga Super itu tidak memperoleh gol awal.
JDT bagaimanapun tetap membuktikan kredibiliti skuad itu apabila melakukan beberapa percubaan berbahaya terutamanya rembatan-rembatan tepat pada minit ke-3, 6 dan 7 yang berjaya ditepis penjaga gol tuan rumah, Mohd. Shahril Sa’ari.
Skuad kendalian Ailton Silva memperoleh peluang terbaik untuk membuat kejutan apabila barisan pertahanan JDT melakukan sedikit kesilapan, namun disia-siakan oleh Jose Elmer Porteria apabila rembatannya pada minit ke-21 melewati palang gol pelawat.
Memasuki minit ke-30 perlawanan, JDT mula melancarkan deretan serangan dan percubaan berbahaya ke kubu tuan rumah, tetapi tiada jaringan dapat dihasilkan dan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Kelantan United terus bekerja keras untuk mengimbangi kuasa bola sepak dari selatan tanah air itu dan terus mempamerkan keberanian melalui corak permainan terbuka sambil meneruskan disiplin bertahan.
Ketika perlawanan memasuki minit ke-58, pengendali JDT, Esteban Solari memasukkan Bergson Da Silva dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid untuk mempertajamkan serangan pasukan itu.
Melihat isyarat itu, Ailton mengambil keputusan untuk memperkuatkan pertahanan pasukan kendaliannya dengan memasukkan Sirojiddin Rakhmatullaev dan S. Sharvin pada minit ke-61 diikuti Mohamad Fandi Othman pada minit ke-68.
Harimau Selatan akhirnya berjaya mendapatkan gol yang dicari-cari melalui rembatan deras ayam tambatan, Fernando Forestieri pada minit ke-74 hasil serangan pantas yang berjaya menewaskan barisan pertahanan Kelantan United.
JDT seterusnya memuktamadkan kemenangan mereka melalui jaringan gol kedua hasil rembatan Da Silva pada minit ke-90.
Kemenangan 2-0 itu menyaksikan JDT terus mengukuhkan kedudukan di puncak saingan Liga Super dengan 67 mata manakala Kelantan United di tangga ke-12 dengan 14 mata
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Iklan ‘rasis’ cetus kontroversi, Big Pharmacy mohon maaf
- Arwah Bad hubungi anak, janji beli kasut bola sebelum tutup mata
- Norish Karman kritik Himpuan Rakyat Malaysia Bersama Palestin
- Artis lama sorok derita
- Serangan DragonForce terhadap rangkaian strategik Zionis, BNM keluar notis berjaga-jaga
- Nyawa pelancong melayang kerana jambatan kaca pecah
- Gara-gara booking homestay melalui internet, penyewa dapat vila yang menyeramkan
- Kanak-kanak Malaysia jadikan Roblox tempat bersolidariti untuk Palestin mengejutkan dunia [VIDEO]
- China beri amaran pada Amerika
- Teresa datang Langkawi tak pakai apa pun tak apa – Suhaimi
- Anak syaitan bersantai di Miami ketika belia Yahudi dikerah berperang
- Imej satelit papar kemusnahan di Gaza
- Umat Islam akhir zaman kena penyakit WAHAN
- Siti Jamumall jaga abang OKU, bukan ‘biawak hidup’
- Tengoklah dulu kalau mereka minta tolong – Shila Amzah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa
Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U
Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur