Terima gelaran Datuk, DAP beri teguran keras pada pemimpin Sabah

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin (kiri) dan Adun Luyang Phoong Jin Zhe dianugerahkan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk awal bulan ini.

PETALING JAYA: DAP memutuskan untuk hanya menegur dua wakil rakyatnya di Sabah kerana menerima anugerah negeri yang membawa gelaran Datuk awal bulan ini.

Setiausaha Agung, Loke Siew Fook, berkata isu dua pemimpin DAP Sabah itu yang melanggar dasar parti mengenai anugerah negeri atau persekutuan adalah antara perkara dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semalam.

“Jawatankuasa memutuskan bahawa tindakan kedua-dua mereka adalah melanggar dasar parti, yang melarang menerima sebarang gelaran semasa berkhidmat sebagai wakil rakyat.

“Oleh itu, CEC menegur sekeras-kerasnya Chan Foong Hin dan Phoong Jin Zhe kerana melanggar dasar parti.



“CEC mengulangi pendirian parti bahawa semua wakil rakyat harus memberi tumpuan kepada perkhidmatan rakyat dan hanya mempertimbangkan untuk sebarang anugerah selepas bersara daripada jawatan yang dipilih,” katanya di Facebook.

Chan, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu, adalah ahli jawatankuasa DAP Sabah, manakala Phoong ialah setiausaha DAP Sabah dan Adun Luyang.

Pada 7 Okt lalu, Chan yang merupakan timbalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan, dan Phoong dilaporkan menerima anugerah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) sempena hari lahir ke-70 Yang Dipertua Sabah Juhar Mahiruddin.

Mengulas perkara itu, Loke dilaporkan berkata kedua-duanya memaklumkan kepadanya mereka diwartakan dalam senarai anugerah tanpa mengemukakan sebarang permohonan.



“Tetapi mereka masih melanggar dasar parti dengan menerima anugerah itu,” katanya.

Chan kemudian mengakui dia melanggar peraturan parti dengan menerima gelaran itu, tetapi berkata hanya berbuat demikian kerana menghormati Yang Dipertua Negeri.

Katanya, beliau menyerahkan kepada parti untuk memutuskan sama ada perlu dikenakan tindakan.

Pada 2018, CEC meluluskan resolusi dan mengeluarkan nasihat bertulis kepada semua wakil rakyat DAP dan ahli majlis tempatan, menggesa mereka untuk tidak menerima gelaran dan anugerah semasa aktif dalam politik.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker