Minggu Solidariti Palestin didik nilai manusiawi, empati pada pelajar

Minggu Solidariti Palestin didik nilai manusiawi, empati pada pelajar

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata pelaksaan Minggu Solidariti Palestin adalah untuk mendidik nilai-nilai manusiawi, termasuk hak asasi manusia dan sifat ihsan, di kalangan pelajar.

“Ini termasuk sikap empati dan keprihatinan terhadap penderitaan yang dialami individu lain tanpa mengira bangsa, agama atau status sosial, kata KPM dalam kenyataan hari ini.



KPM berkata minggu tersebut akan diadakan pada 29 Oktober hingga 3 November, melibatkan sekolah, kolej vokasional, kolej matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara.

Semalam, sejumlah NGO membantah pelaksanaan minggu tersebut, selepas pekeliling berkenaannya tersebar di media sosial.

Mereka menggesa KPM tidak melibatkan sekolah dan institusi pendidikan dalam isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.

Hari ini, dua wakil rakyat dari Sarawak turut menyuarakan bantahan, antaranya dengan berkata sekolah perlu kekal neutral.



KPM bagaimanapun berkata, kemajuan teknologi media dan komunikasi menyebabkan murid-murid terdedah kepada pelbagai jenis kandungan termasuk yang berkaitan dengan konflik antarabangsa dan krisis kemanusiaan.

“Pelaksanaan intervensi diperlukan untuk memberi pencerahan kepada murid-murid berkenaan perkara ini,” kata KPM.

KPM berkata lagi, minggu solidariti itu adalah “kesinambungan penerapan nilai-nilai murni yang berteraskan sikap hormat-menghormati, kasih sayang, bertanggungjawab dan kegembiraan seperti yang terkandung dalam Pendidikan Sivik di sekolah”.

“Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan sepanjang program ini dan akan disesuaikan berdasarkan kepada garis panduan sedia ada, sekolah dan kumpulan murid terlibat.



“Aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan bermunajat hanya akan melibatkan murid-murid beragama Islam sahaja,” kata KPM lagi. Mk

Minggu Solidariti Palestin didik nilai manusiawi, empati pada pelajar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker