‘Cetak wang’: Usul Wan Fayshal ditolak

‘Cetak wang’: Usul Wan Fayshal ditolak

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menolak usul Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN – Machang) untuk merujuk Lim Guan Eng (Harapan – Bagan) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Dalam suratnya kepada Wan Fayhsal, Johari berkata kata-kata Lim tidak terjumlah kepada sangkaan rakyat atau mengelirukan dewan.



Wan Fayhsal pada 11 Oktober memfailkan usul itu susulan ucapan Lim pada hari yang sama.

Lim membangkitkan kenyataan Wan Fayhsal kepada sebuah stesen radio pada 16 November 2020 yang antaranya mencadangkan kerajaan mencetak wang.

Wan Fayhsal ketika itu berkhidmat sebagai menteri belia dan sukan.

Susulan itu dia dikritik hebat kerana idea itu boleh mengundang kenaikan inflasi.



Mempertahankan dirinya, Wan Fayhsal memetik pakar teori kewangan moden (MMT) bahawa inflasi tidak akan menjadi masalah selagi pengeluaran barangan dan perkhidmatan mencukupi untuk perbelanjaan rakyat.

Semasa perbahasan belanjawan 2024 pada 11 Oktober, Lim berkata cadangan Wan Fayhsal itu boleh menjerumuskan negara ke lembah kehancuran.

Wan Fayhsal dalam usulnya kepada speaker bagaimanapun berkata Lim memetik pandangannya di luar konteks.

Lim pula pada 16 Oktober menulis surat kepada Johari yang mendakwa usul Wan Fayhsal itu menyalah guna proses parlimen.



Lim juga berkata bukan dia saja yang menolak idea itu tetapi juga bekas ketua setiausaha perbendaharaan Mohd Sheriff Mohd Kassim yang menyifatkannya sebagai “idea republik pisang”. Mk

‘Cetak wang’: Usul Wan Fayshal ditolak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein

Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa



Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha

Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker