Perjanjian bermasalah, Thailand berhasrat menukar kapal selam China dengan kapal perang

Kerajaan Thailand mungkin membeli kapal perang dan bukannya kapal selam dari China selepas pengeluarnya itu tidak dapat memasukkan enjin Jerman seperti yang dinyatakan dalam perjanjian asal, kata menteri pertahanan Thailand.

Thailand sudah membayar ansuran sebanyak 7 bilion baht (AS$193.7 juta) kepada China untuk pembelian satu daripada tiga kapal selam Yuan Class S26T dengan enjin diesel buatan Jerman, tetapi perjanjian itu ditangguhkan apabila Jerman melarang penggunaan enjinnya untuk eksport tentera China.

China kemudiannya mencadangkan untuk menggantikan enjin Jerman dengan peralatan buatan negaranya serta melaksanakan beberapa siri rundingan namun ia tidak mencapai kata putus.



Kerajaan Thailand berkata, pihaknya sudah mencadangkan semasa lawatan Perdana Menteri, Srettha Thavisin ke Beijing untuk Sidang Kemuncak Belt and Road minggu lalu bahawa ia mahu membeli kapal perang dan bukannya kapal selam.

Menteri Pertahanan, Sutin Klungsang berkata pihaknya sudah mencadangkan kepada China dan mereka sedang mempertimbangkannya.

Sutin berkata, akan ada perbincangan lanjut mengenai rancangan baharu itu bulan depan.

Katanya, perolehan kapal selam akan ditangguhkan buat masa ini dan disambung semula apabila negara sudah bersedia.



Kerajaan terdahulu memuktamadkan perjanjian untuk membeli yang pertama daripada tiga kapal selam pada 2017 dengan harga 13.5 bilion baht (AS$373.55 juta).

Pembelian untuk dua lagi kapal selam dengan nilai 22.5 bilion baht (AS$622.58 juta) pada mulanya diluluskan oleh jawatankuasa parlimen pada 2020.

Perjanjian kapal selam China itu sebelum ini menerima kritikan awam terhadap kerajaan Thailand terdahulu, apabila pembangkang dan pengkritik menimbulkan persoalan sama ada pembelian itu untuk kepentingan awam serta kapal selam diperlukan untuk keselamatan.

Tentera laut berkata, perolehan kapal selam adalah penting untuk kepentingan pertahanan jangka panjang Thailand. – REUTERS



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker