Wanita koma lima hari selepas warnakan rambut

Doktor terpaksa mencukur rambut wanita itu untuk menyelamatkan nyawanya. – Sanook

Seorang wanita berusia 60 tahun di Huinan, bandar Changsha mengalami reaksi alahan teruk selepas mewarnakan rambut di salon, lapor laman berita Thaiger semalam.

Empat jam selepas berdandan di salon kecantikan itu, dia mengalami kesukaran bernafas dan dikejarkan ke hospital.

Selepas dimasukkan ke unit kecemasan, wanita itu dipakaikan alat ventilator dan koma selama lima hari.

Doktor mengaitkan tindak balas alahan itu dengan bahan kimia dalam pewarna rambut tersebut.



Selepas mendapat persetujuan keluargan, doktor memutuskan untuk mencukur rambut wanita tersebut untuk menyelamatkan nyawanya sebelum keadaannya beransur pulih.

Keradangan salur pernafasan pesakit juga berkurangan manakala sistem pernafasannya mula berfungsi secara normal.

Selepas tindak balas alahan itu hilang, dia dibenarkan keluar dari hospital.

Doktor mengesyorkan orang ramai memilih pewarna rambut yang diperakui berkualiti dan ramuanya disenaraikan. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker