JKR siasat JKR, wakil kerajaan dakwa laporan tragedi Batang Kali ‘cover-up’
JKR siasat JKR, wakil kerajaan dakwa laporan tragedi Batang Kali ‘cover-up’
Seorang wakil kerajaan mempersoalkan kredibiliti laporan forensik insiden tanah runtuh Batang Kali, yang dikeluarkan baru-baru ini, dengan mendakwa terdapat konflik kepentingan ketika siasatan dijalankan.
Lim Lip Eng (PH-Kepong) mendakwa, laporan insiden pada 16 Dis tahun lalu itu tidak profesional dan tidak neutral, merujuk siasatan melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Dalam laporan forensik itu…JKR siasat JKR, lepas tu JKR lepaskan JKR. Saya anggap laporan itu tidak profesional, tidak neutral. Ini jelas terdapat konflik kepentingan,” katanya di Dewan Rakyat ketika membahaskan usul Belanjawan 2024.
“Ada kemungkinan laporan itu sebagai satu ‘cover-up’,” katanya.
Lim merujuk dakwaan NGO Victims Malaysia, bahawa lereng bukit di kawasan tanah runtuh telah berlaku aktiviti manusia sebelum ini oleh JKR ketika membina jalan Batang Kali, serta aktiviti pembersihan tanah berhampiran lokasi tanah runtuh, berdasarkan imej satelit.
Namun, katanya, perkara itu tidak dinyatakan dalam laporan penuh dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Laporan forensik tragedi itu didedahkan kepada umum pada 18 Dis. Ia menyebut, berlaku dua kejadian runtuhan di tapak perkhemahan dalam selang 20 minit pada awal pagi hari kejadian, yang meragut 31 nyawa.
Tahun lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming mendedahkan tiga tapak perkhemahan itu tidak mempunyai lesen untuk beroperasi.
Beliau juga mengesahkan pengendali hanya dibenarkan menjalankan ladang organik di tapak itu tetapi tidak mengemukakan sebarang permohonan untuk membina tapak perkhemahan.
Mengulas lanjut, Lim menggesa satu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan agar tragedi berkenaan disiasat dengan terperinci, bagi memberi keadilan kepada mangsa dan waris yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu. FMT
JKR siasat JKR, wakil kerajaan dakwa laporan tragedi Batang Kali ‘cover-up’
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)
You must be logged in to post a comment.