Lepas teruk kena kecam, Dr Musa mohon maaf

Lepas teruk kena kecam, Dr Musa mohon maaf

Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin tampil membuat permohonan maaf atas beberapa insiden yang berlaku sepanjang penganjuran perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ di Dataran Merdeka, semalam.

Ia susulan beberapa peserta yang hadir ke acara tersebut mengecam pihak penganjur kerana dikatakan telah meletakkan pelbagai syarat termasuk melarang pemaparan sepanduk yang mengecam Presiden Israel Benjamin Nentayahu.



Dr. Musa menerusi ciapan di aplikasi X hari ini berkata, peraturan yang diambil oleh pihak penganjur adalah selaras dengan arahan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar perhimpunan itu berada dalam sempadan kemanusiaan.

“PDRM memberi arahan yang jelas kepada pasukan keselamatan kami untuk mengambil tindakan pantas terhadap ucapan kebencian, poster dan ejen provokator yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan kemanusiaan dan aman kami.

“Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami. Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami,” katanya.

Sementara itu, berhubung lauangan takbir ‘Allahuakbar’, beliau menegaskan perkara tersebut tidak perlu dijadikan isu kerana ramai tetamu jemputan turut melaungkan takbir ketika berucap.



Ini kerana Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin dan Nurul Izzah Anwar turut melaungkan takbir ketika berucap.

“Isu takbir bukan isu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin bertakbir ketika berucap. Ramai yang bertakbir yang kami tidak hentikan.

“MC (juru acara) hanya mengingatkan bahawa ini adalah perhimpunan berbilang agama dan kita patut membuat nyanyian yang semua orang boleh sertai,” jelasnya.

Terdahulu, ramai menyifatkan himpunan berkenaan sebagai gagal kerana penganjur tidak menumpukan tujuan sebenar iaitu bersolidariti untuk Palestin. K Online



Lepas teruk kena kecam, Dr Musa mohon maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker