Tiada permohonan bina plaza tol di Genting Highlands – LLM

JELEBU: Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak berkaitan projek pembinaan plaza tol di Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Pengerusi LLM, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata pembinaan itu dibuat diatas tanah persendirian dan berkemungkinan pihak berkenaan berasakan tidak perlu membuat permohonan kepada kerajaan Pahang, Kementerian Kerja Raya (KKR) atau LLM.

“Tanah itu adalah tanah persendirian namun sebarang pembinaan masih tertakluk kepada undang -undang.



” Ingin ditegaskan pembinaan plaza tol itu tidak ada kena mengena dengan LLM dan LLM juga tidak pernah menerima apa-apa permohonan berkaitan pembinaan itu,” katanya hari ini.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan berkata arahan pemberhentian kerja pembinaan daripada kerajaan Pahang adalah hak dan di bawah bidang kuasa mereka.

Beliau berkata sekiranya pihak berkenaan mahu meneruskan kerja-kerja pembinaan, mereka perlu memohon mengikut prosedur yang sudah ditetapkan.

Media sebelum itu melaporkan sebuah plaza tol akan dibina di Gohtong Jaya namun tol hanya dikenakan ketika naik ke kawasan peranginan itu.



Difahamkan syarikat yang akan menguruskan tol itu turut bertanggungjawab terhadap jalan di Genting termasuk mengurus cerun, tanah runtuh, menyelenggara jalan dan lampu jalan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker