Himpunan solidariti Palestin di Dataran Merdeka dihadiri ribuan rakyat

Dataran Merdeka di sini menjadi saksi solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ yang dianjurkan Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE itu turut disertai rakyat dari negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir, Sepanyol, Libya dan Pakistan, yang memenuhi padang seawal 10 pagi.

Ribuan peserta yang hadir, antaranya memakai mafela dengan motif Palestin, membawa plakad dan mengibarkan bendera negara berkenaan, melaungkan ‘Palestin’ dan ‘Israel shame of you’ bagi mengecam tindakan kejam rejim zionis.



Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Pengerusi VPM, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia Stanley Yong dan Penasihat MyCARE Dr Hafidzi Md Noor.

Nurul Izzah dalam sidang media berkata perhimpunan solidariti yang diadakan hari ini penting dalam usaha membawa suara rakyat Malaysia mengenai hak-hak kemanusiaan rakyat Palestin di mata dunia.

“Kita mesti menolak Israel, kita mesti menamatkan dana Israel kerana mereka tidak akan dapat lakukan perkara ini tanpa sokongan dari Amerika Syarikat, dan kita mesti mempertahankan Palestin,” katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta Cynthia Ng, 34, berkata usaha membuka sempadan Gaza bagi membawa masuk bantuan kemanusiaan perlu dipercepatkan berikutan keadaan rakyat Palestin kini dilihat ‘semakin tenat’.



“Tiada guna apabila setiap negara telah memberikan bantuan keperluan kepada rakyat Palestin tetapi pihak berkuasa melarang kita daripada menghantarnya (berikutan sekatan sempadan). Keadaan ini amat melampau.

“Saya juga amat berbangga melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu walaupun berbeza agama dan bangsa. Ini cara kita tunjuk bagaimana kita bersatu bagi tujuan yang sama, iaitu membebaskan rakyat Palestin daripada krisis tidak berperikemanusiaan ini,” katanya kepada Bernama.

 

Rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin. - Foto Bernama
Rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama yang berhimpun bagi menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin. – Foto Bernama

 



Warga Sepanyol, Izaro Iriate, 27, yang berkhidmat di ibu negara lebih lima tahun sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta berkata penyertaannya dalam perhimpunan itu bagi menyatakan sokongan penuh terhadap Palestin.

“Barat telah menyatakan bahawa Israel berhak mempertahankan diri, tetapi saya fikir rakyat yang perlu mempertahankan tanah air mereka adalah Palestin dan mereka telah melakukannya selama 75 tahun sejak tanah mereka dirampas dan hidup menderita,” katanya.

Rakyat Libya, Moayed Nabil Althabet, 25, pula kagum melihat sokongan jitu rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

“Sungguh mengagumkan tinggal di negara yang menegakkan kebenaran dan boleh bebas dan bercakap apa saja yang mahu dikatakan, asas kepada kebebasan bersuara, saya gembira rakyat Palestin mendapat banyak suara terutama dalam kes serangan ketika ini,” katanya yang berkhidmat sebagai pemasar digital.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama berkata perhimpunan itu berlangsung dengan aman dan pihaknya turut menerima makluman mengenainya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker