Guru taska paksa budak makan muntah

Rakaman CCTV memaparkan guru itu memaksa budak terbabit makan muntahnya sendiri. – SCMP/Douyin

Seorang guru taska di China menerima kecaman hebat pengguna media sosial selepas memaksa seorang murid makan muntahnya sendiri, lapor portal berita South China Morning Post hari ini.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan guru tersebut menyumbat makanan yang telah dimuntahkan itu ke dalam mulut budak lelaki tersebut ketika waktu makan tengah hari.

Kanak-kanak itu dikatakan telah memuntahkan ketulan labu selepas diberi terlalu banyak makanan.

Selepas mengetahui perkara tersebut, ibu bapa mangsa membuat aduan terhadap guru berkenaan. Anak mereka dikatakan sakit selepas dipaksa makan muntahnya sendiri.



Kejadian itu berlaku pada hari lahir budak lelaki tersebut iaitu pada 15 September lalu di wilayah Liaoning.

Menurut bapa mangsa, Zhang, dia memakaikan anaknya dengan pakaian baharu sempena hari lahir kanak-kanak itu, tetapi pakaiannya kotor selepas pulang ke rumah.

Zhang dan isterinya segera melaporkan kejadian itu kepada pihak taska dan beberapa kali meminta untuk melihat rakaman CCTV, namun permintaan mereka tidak diendahkan sehingga polis campur tangan.

Pada 13 Oktober lalu, biro pendidikan tempatan dalam akaun WeChat rasminya berkata, pihaknya mengesahkan kes tersebut selepas siasatan polis dijalankan, manakala Zhang dan isterinya menuntut pihak sekolah memohon maaf dan memecat guru tersebut. – Agensi



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker