Anthony Loke tegaskan DAP tak pernah anti Raja-Raja Melayu
DAP menjelaskan parti itu tidak pernah bersikap antiraja, sebaliknya menjunjung tinggi sistem Raja Perlembagaan dan menghormati institusi diraja seperti termaktub dalam Perlembagaan, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke.
Loke berkata, DAP sering dilabelkan antiraja kerana dasar parti itu yang tidak menerima darjah kebesaran dianugerahkan institusi diraja, namun DAP tidak menolak penganugerahan itu jika terdapat pemimpin bersara dalam politik dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan.
“Kita (DAP) selalu dimomokkan dengan perkara itu (dilabel antiraja), ia tidak tepat sama sekali, kita tidak pernah bersikap melawan raja, tetapi dasar kita tidak menerima darjah kebesaran itu ditakrifkan sebagai melawan raja, saya jelaskan ia tidak betul,” katanya selepas merasmikan Konvensyen DAP kali ke-22 peringkat Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan wakil parti Kerajaan Perpaduan.
Loke yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan turut menggesa semua parti politik di negara ini tidak mengamalkan politik ekstrem dengan memainkan sentimen agama dan kaum yang boleh membawa perpecahan dalam masyarakat majmuk.
Beliau berkata, DAP tidak memusuhi mana-mana agama dan kaum di negara ini, namun menjadi kebimbangan apabila sentimen agama serta kaum digunakan sesetengah pihak yang akan menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Ini sangat bahaya, seperti di Parlimen kita dilabelkan sebagai kafir, itu sesuatu yang tidak patut, saya yakin rakan pemimpin Islam tidak bersetuju (perkara itu). Itu sesuatu yang sangat bahaya, Malaysia mesti kekal aman harmoni,” katanya.
Sementara itu, Loke berkata, kerjasama parti itu dalam Kerajaan Perpaduan berlandaskan prinsip Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang menjadi satu hubungan baik bagi memastikan pentadbiran di negara ini berjalan lancar dengan harmoni.
Beliau berkata, kenyataan MCA bahawa bukan masa sesuai ketika ini untuk MCA dan DAP menjalin kerjasama menyeluruh adalah pandangan pemimpin parti itu, namun pihaknya fokus dalam memastikan persefahaman yang terjalin dalam Kerajaan Perpaduan diperkukuh demi kesejahteraan rakyat.
“Kita tidak melihat individu dalam parti, PH dan BN mempunyai hubungan baik. Kenyataan itu adalah pandangan masing-masing, MCA berasakan susah untuk bekerjasama, itu pandangan mereka dan ia tak menjejaskan hala tuju perjalanan kerajaan hari ini,” katanya.
Semalam, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon yang ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-59 berkata, bukan masa sesuai ketika ini untuk kerjasama menyeluruh antara MCA dan DAP, namun kedua-dua pihak boleh mengekalkan kerjasama dalam isu tertentu
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pas tak akan masuk tong najis, Hadi tolak pelawaan Anwar
- Menantu dari neraka, sanggup heret ibu mertua keluar dari rumah [VIDEO]
- Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin
- Keputusan Putrajaya jadikan EV kenderaan rasmi dibidas
- Lelaki Hindu terharu dapat nota daripada imam, ajak jumpa di Palestin
- Pejuang Hamas bukan mudah dikalahkan IDF
- Bagus cara Rafidah Ibrahim sampaikan ilmu agama (Video)
- Punca Siti Jamumall bercerai
- Shila Amzah halau kekasih Syafiq keluar banglo miliknya
- Baby Shima perjelas letak bendera Israel di pipi
- Pelaku rakam saya sedang mandi – Sara Daewoo
- Ini kenapa Mesir, Jordan enggan terima pelarian Palestin
- Sedan baharu PROTON bakal saingi Honda City dan Toyota Vios
- Naqiu jangan galak bersentuhan, contohilah Tomok
- Awal Ashaari disindir takut hilang ‘job’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)