PAS patut malu atas kesalahan rasuah perlu tarik diri PRK Kemaman

Ketua Barisan Nasional (BN) Terengganu Ahmad Said membidas Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris kerana menyarankan gabungan itu menarik diri daripada bertanding PRK Kemaman bagi mengelak kekalahan memalukan.

Ahmad berkata, PAS yang sepatutnya menarik diri untuk menunjukkan kekesalannya selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu pada PRU15 kerana unsur rasuah.

“Sebab rata-rata jelas. Mereka sepatutnya berasa malu sebab dia bagi duit waktu undi.



“Dia tak malu. Sebab dia dah bagi rasuah, diucap bagi rasuah untuk bagi duit,” katanya kepada FMT.

Pada 26 Sept, Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15 selepas memutuskan pengagihan bantuan kerajaan i-Belia dan i-Siswa kepada pengundi semasa tempoh berkempen adalah rasuah pilihan raya.

Ahmad berkata, pilihan raya adalah permainan yang adil untuk semua jika pemain mematuhi peraturan dan tidak akan ada rasa malu untuk kalah.

Bekas menteri besar Terengganu itu, yang akan mengetuai jentera pilihan raya BN pada PRK 2 Dis, memberi amaran kepada PN dan PAS tidak terlalu yakin dengan peluang mereka kerana BN pernah menang besar di negeri itu sebelum ini.



Beliau berkata pada PRU 2004, BN memenangi 28 daripada 32 kerusi DUN Terengganu.

Terdahulu, Razali yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata BN disaran menarik diri daripada bertanding PRK Kemaman bagi mengelak kekalahan memalukan dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu Ogos lalu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker