MRSM ‘tempat panas jadi rebutan’, 104,000 bersaing hanya 8,679 ditawarkan tempat bagi sesi 2024

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menerima lebih 104,000 permohonan bagi kemasukan pelajar untuk sesi persekolahan 2024, untuk mengisi 8,679 tempat yang ditawarkan 57 MRSM di seluruh negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata jumlah pengambilan pelajar itu termasuk bagi mengisi kekosongan MRSM yang baharu iaitu MRSM Ranau, Sabah dan MRSM Bintulu, Sarawak.

Beliau berkata, semua calon yang memohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) akan bermula pada 1 November ini.



Asyraf juga memberi jaminan, pihaknya akan memastikan kemasukan pelajar akan menepati matlamat yang ditetapkan oleh MRSM.

“Insya-Allah, saya sendiri akan pastikan kemasukan pelajar ke MRSM menepati matlamat yang disasarkan sejak dari awal.

“Ini termasuk mengutamakan pelajar-pelajar dalam kalangan B40 yang layak dan mencapai tahap minimum penilaian UKKM,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Dalam perkongsian sama, Asyraf turut menafikan dakwaan bahawa pengambilan pelajar ke MRSM mempunyai kuota atau keutamaan diberikan kepada alumni MRSM.



“Tidak ada kuota alumni (pengambilan pelajar ke MRSM),” katanya kepada menjawab dakwaan yang dibangkitkan oleh netizen dalam perkongsian itu.

Beliau juga menafikan bahawa MRSM mengutamakan pengambilan pelajar daripada kalangan anak orang menteri dan individu berkepentingan.

“Tidak betul. Anak saya sendiri pun tidak dibenarkan masuk ke MRSM walaupun lulus UKKM,” katanya

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker