Kenyataan Hadi dalam muktamar bukan cerminan imej agamawan Islam

Kenyataan dikeluarkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Muktamar PAS ke-69 semalam mengenai Kerajaan MADANI tidak mencerminkan beliau sebagai seorang agamawan dengan nilai Islam sebenar, kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Ahmad Farhan berkata, beliau kecewa dengan kenyataan Abdul Hadi yang secara sinis mendakwa seolah-olah kerajaan tidak dapat disucikan lagi kerana dikelilingi pemimpin dengan gelaran jelik dan seharusnya sebagai seorang agamawan, beliau perlu menguar-uarkan nilai kebersamaan, kesatuan dan kekitaan.

“Saya berpandangan bahawa dalam ketika kita hendak berpolitik, biarlah ia bersifat sederhana dan jangan sampai kita memecah-belahkan umat, melontarkan fitnah dan mengadu domba,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Ahmad Farhan berkata, beliau berharap hal ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk bersederhana dalam berpolitik dan tidak merendahkan pihak yang berbeza ideologi.

Sementara itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut membidas kenyataan Abdul Hadi yang merendahkan Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan yang diterajui pemimpin dengan gelaran tertentu yang jelik.

Menurut AMK dalam kenyataan hari ini, gelaran seperti itu bukanlah kali pertama digunakan oleh pemimpin PAS berkenaan, malah ia telah menjadi antara label yang ‘digemari’ untuk digunakan ke atas Perdana Menteri.

“Sudah tertulis Perdana Menteri kita hari ini adalah antara insan yang diuji dengan tohmahan dan fitnah sehingga terpenjara dalam jalan perjuangannya sebelum diangkat darjat untuk memimpin negara.



“Seharusnya ia jadi pedoman besar buat kita, bukan untuk direndah-rendahkan,” menurut kenyataan itu.

AMK turut menasihati Abdul Hadi agar bermuhasabah dan tidak menggunakan tutur bahasa yang penuh hasad dan dengki. – BERNAMA

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker