Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

RIYADH: Konflik Palestin-Israel menjadi antara topik yang dibincangkan Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di sini malam tadi.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di Rabitah Alam Islami.



Anwar diiringi Menteri Luar Zamry Abdul Kadir.

Perbincangan tertutup mereka antaranya melibatkan isu serangan terhadap Palestin dan kesepakatan yang harus diambil pimpinan negara-negara Islam dan rangkaian ulama sedunia berhubung konflik itu.

Turut dibincangkan, isu dakwah dan pendidikan Islam bersempena Muzakarah Ulama’ Antarabangsa yang akan dianjurkan di Malaysia kelak.

Anwar berada di Riyadh bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang berakhir semalam.



Dalam ucapan pada sidang kemuncak itu semalam, Anwar menggesa masyarakat antarabangsa agar menoktahkan layanan kejam serta sikap hipokrasi secara terang-terangan terhadap rakyat Palestin.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa tidak lagi boleh menutup mata terhadap kekejaman itu dan mesti mengambil tindakan untuk menangani punca konflik Palestin-Israel.

Selain itu, Anwar yang juga menteri kewangan mencadangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Asean-GCC (CEPA) untuk memaksimumkan potensi ekonomi kedua-dua rantau itu.

Menurutnya, hubungan Asean-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990. FMT



Anwar bincang konflik Palestin dengan Liga Muslim Sedunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara



Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)



Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker