Noorkhiriah minta bersangka baik pada golongan selebriti yang ‘menikus’ isu Palestin

Pelakon versatil, Noorkhiriah mengambil pendekatan untuk tidak menghakimi golongan selebriti atau pempengaruh yang memilih berdiam diri ‘menikus’ daripada membuat perkongsian isu Palestin dalam laman sosial mereka.

Meskipun isu ‘menikus’ hangat diperkatakan netizen dan segelintir selebriti, Noorkhiriah atau nama lengkapnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, memilih untuk bersangka baik. Perkara sama juga diharapkan daripada semua penguna media sosial.

“Nak bercakap lebih-lebih saya tidak berani, tetapi kalau kita yakin rezeki itu Allah yang bagi, buat sahajalah (kongsi isu Palestin).

“Namun, kita tidak boleh bersangka buruk (kepada mereka yang memilih untuk tidak berkongsi isu Palestin) mungkin mereka secara diam dalam sujud berdoa.

“Memang ada sesetengah orang tidak suka untuk menguar-uarkan perkara baik yang dilakukan. Jadi kita hanya perlu bersangka baik sahaja,” ujar pelakon drama Nur itu yang ditemui pada sidang akhbar program Gelak 90 Saat di ibu negara, hari ini.

Noorkhiriah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu segelintir selebriti dan pempengaruh memilih untuk berdiam diri dan tidak berkongsi sebarang informasi mengenai isu Palestin dalam akaun media sosial masing-masing.

Terdahulu pelakon Sharnaaz turut menyelar sikap pengecut segelintir golongan popular yang tidak menggunakan pengaruh mereka untuk membantu menyebarkan kebenaran.

Antara orang popular yang terkena tempias isu tersebut adalah pempengaruh Syamimia yang hilang ribuan pengikut di media sosial selepas didakwa tidak cakna dan berkongsi isu Palestin.

Bahkan aktor popular Meerqeen juga turut terkena tempias apabila gambar lamanya dengan pelakon kelahiran Israel, Gal Gadot yang dirakam sekitar Mei lalu kembali tular dalam media sosial.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker