Hafidz cuma bayar nafkah anak RM100 – Nurul Shuhada

Hafidz cuma bayar nafkah anak RM100 – Nurul Shuhada

BEKAS isteri kepada Hafidz Roshdi mendedahkan pelakon itu culas membayar nafkah buat dua anak mereka.

Menurut Nurul Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, Hafidz hanya memberi wang nafkah sebanyak RM100 untuk setiap seorang anak mereka.

Tambahnya lagi, ibu bapanya turut terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi membantunya membeli keperluan anak-anaknya.

“Dia hanya beri saya sebulan RM100 sahaja untuk setiap anak. Jadi hanya RM200 setiap bulan. Dia culas bayar nafkah anak-anak.

“Jadi, saya yang sara anak. Saya sangat ‘struggle’ mencari rezeki untuk anak-anak saya seorang diri,” katanya memetik laporan mStar.

Shuhada juga menjelaskan bahawa nafkah yang diberi oleh Hafidz itu tidak mencukupi memandangkan kos persekolahan anak pertamanya, Humairah, 6, kini mencecah sehingga RM1,000.

“Ini tidak termasuk makan dan minum. Belum lagi keperluan adiknya, Umar yang sekarang umur tiga tahun.

“Sekurang-kurangnya kalau dia bagi RM800 hingga RM1,000 itu saya boleh lagi. Saya boleh tambah-tambah mana yang perlu.

“Saya yang sara anak. Saya sangat struggle mencari rezeki untuk anak-anak,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia terkilan dengan tindakan Hadidz yang hanya mengeluarkan kenyataan memintanya untuk memadam hantaran yang dilakukan sebelum ini bagi tujuan kerja.

“Saya tidak lihat pun gambar yang disediakan itu. Yang saya tahu adalah cari duit untuk anak-anak.

“Niat saya bagi untuk besarkan anak-anak tapi dia yang marah lebih-lebih,” jelasnya.

Terdahulu, Shuhada dan Hafidz sah bercerai pada 27 Julai lalu selepas mahkamah menetapkan lafaz yang dibuat oleh pelakon berkenaan pada 22 Februari adalah mengikut hukum syarak.

Mereka berkahwin pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar. Utv

Hafidz cuma bayar nafkah anak RM100 – Nurul Shuhada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker