Was was kentut, batal wuduk atau tidak?
Was was kentut, batal wuduk atau tidak?
Soalan :
Assalamualaikum Dato’ Seri. Saya ada soalan.Jika keluar sesuatu dari qubul dan dubur dan semamangnya kita memang terkena penyakit was was, adakah dikira tidak membatalkan wuduk kerana sentiasa rasa ada angin tetapi sebenarnya tiada?
Jawapan :
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
Maksudnya: Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali.
Surah al-Ma’idah (6)
Al-Maraghi menyatakan bahawa makna ayat di atas adalah sekiranya seseorang itu hendak bangun bagi mendirikan solat — dan masih lagi dalam keadaan berhadas. Hal ini kerana seluruh kaum Muslimin menyatakan bahawa bersuci (yakni berwuduk dan mandi wajib) tidak diwajibkan ke atas orang yang ingin mengerjakan solat melainkan dia masih dalam keadaan berhadas. ( Lihat Tafsir al-Maraghi, 6/61)
Rasulullah SAW telah menyebut dengan jelas bahawa orang yang berhadas maka batal wudhuknya. Sedangkan solat mesti mempunyai wudhuk. Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
لا تُقْبَلُ صَلاةُ مَن أحْدَثَ حتّى يَتَوَضَّأَ قالَ رَجُلٌ مِن حَضْرَمَوْتَ: ما الحَدَثُ يا أبا هُرَيْرَةَ؟ قالَ: فُساءٌ أوْ ضُراطٌ
Maksudnya: “Tidak diterima solat siapa yang berhadas sehingga dia berwudhuk. Lantas sahabat lelaki dari Hadramaut bertanya, ‘Apa itu hadas hai Abu Hurairah?’ Jawab Abu Hurairah, ‘Kentut, ( فُساءٌ)’ iaitu kentut yang tidak berbunyi atau ضُراطٌ iaitu kentut yang berbunyi.”
Riwayat al-Bukhari (135) dan al-Tirmizi (330)
Ibnu Munzir Rahimahullah berkata, “Telah ijmak para ulama bahawa keluar najis dari dubur, keluar air kencing dari zakar dan begitu juga wanita, keluar mani, keluar angin dari dubur (kentut), hilangnya akal dengan apa cara sekali pun termasuk dalam hadas semuanya itu memerlukan taharah dan mewajibkan wudhuk.” (Lihat al-Ijma’, hlm. 29
Berkenaan isu was-was, kami telah jawab dalam artikel sebelum ini:
#2999: Kentut Faraj Ketika Umrah[1]
#2359: Masalah Kerap Kentut[2]
#1589: Kentut Tidak Berbunyi Atau Berbau Dalam Solat[3]
Menjawab persoalan di atas, kami nyatakan sekiranya kita yakin bahawa ia sekadar was-was, maka tidaklah batal wuduk. Namun, sekiranya jelas dan kita yakin bahawa yang keluar itu kentut, maka wajib mengulangi wuduk semula. Seperti kaedah fiqh menyebut:
اليَقِين لَا يُزَالُ بِالشَّكّ
Maksudnya: “Keyakinan itu tidak dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).”
Dalam mensyarahkan makna kaedah ini sebahagian ulama berkata: Sekiranya seseorang itu telah memastikan akan sesuatu, kemudian dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu telah hilang ataupun tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu (hukum asal). (Lihat Syarah al-Qawa‘id al-Fiqhiyyah, hlm. 45).
Rasulullah SAW juga telah bersabda:
لَا وُضُوءَ إِلَّا مِنْ صَوْتٍ أَوْ رِيحٍ
Maksudnya: “Tidak batal wuduk kecuali kerana bunyi atau bau.”
Riwayat al-Tirmizi (74) Hadis ini dihukumkan ḥasan ṣaḥīḥ.
Jika ia berlaku dengan kerap atas faktor penyakit atau keuzuran, di sini terdapat keringanan untuk solat walaupun tetap keluar angin daripada farajnya kerana dianggap seperti darah istihadah. Pun begitu, saya menasihatkan wanita yang diuji dengan hal sebegini:
Sedaya upaya menjaga kesuciannya seperti memakai atau meletakkan sesuatu yang boleh menghalang angin daripada keluar;
Bersegera mengambil wuduk apabila sudah masuk waktu solat fardu;
Bersegera melakukan solat tanpa bertangguh iaitu melebihi kadar masa seseorang untuk menutup aurat, mendengar azan dan iqamah, menunggu jamaah, menentukan kiblat, berjalan ke masjid atau meletakkan penghadang solat (sutrah). (Lihat al-Muʿtamad fī Fiqh al-Syafi‘i , 1/123)
Semoga jawapan yang ringkas ini dapat difahami dengan baik. Kami akhiri dengan doa:
اللَّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيلَ
Maksudnya: “Ya Allah! Berikanlah kepada kami kefahaman di dalam agama serta ajarkanlah kepada kami takwilan-takwilan.”
Kredit : Maktabah Al Bakri
Was was kentut, batal wuduk atau tidak?
Baca Artikel Menarik:
- Pengarah syarikat nasi kandar direman SPRM
- Ditikam 40 kali kerana kacau isteri rakan
- Tony Fernandes dikecam netizen hadir mesyuarat tanpa baju sambil ‘massage’
- Polis sahkan pengasas bersama MYAirline Goh Hwan Hua ditahan
- Mia Khalifa dipecat Playboy kerana sokong Palestin
- Anwar cabar Hamzah bagi bukti MP Kuala Kangsar diugut sokong kerajaan
- Budak tercampak keluar dari kereta dirempuh 2 kereta (Video)
- Dina sebak dengar doa Angeline Tan (Video)
- Israel cuba menipu dunia dakwa Jihad Islam dalang serangan hospital Gaza
- Skandal mata wang 1993: Ku Li salur maklumat pada Kit Siang
- 500 rakyat Palestin maut dalam serangan rejim Zionis di hospital Gaza
- Kereta McLaren Artura bernilai RM1 juta terbakar ketika pandu uji [VIDEO]
- Zii Jia, Tze Yong naik ranking dunia
- Bomoh rogol remaja kononnya mahu buang ‘pendamping’
- Man Raja Lawak dedah cara turun berat badan dalam 3 bulan saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)
You must be logged in to post a comment.