Penunjuk perasaan kutuk peranan AS dalam serangan Gaza

Kira-kira 150 orang berhimpun di luar kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur malam ini bagi membantah sokongan terbuka kuasa besar dunia itu kepada Israel dalam konflik berterusan dengan Palestin.

Berkumpul lebih 200 meter dari kedutaan AS, pemimpin politik, aktivis dan ahli NGO pro-Palestin menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin yang diserang oleh rejim Zionis.

Mereka menyuarakan kecaman terhadap kejadian terbaru, khususnya letupan di sebuah hospital di Semenanjung Gaza.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia, Badereddin Seyam berkata himpunan ini diadakan sebagai tindak balas terhadap Washington yang memberikan kebenaran kepada Israel untuk “memusnahkan” tanah air dan rakyat Palestin.

“Pentadbiran AS, beri ‘lampu hijau’ kepada kerajaan (perdana menteri Israel Benjamin) Netanyahu untuk memusnahkan tanah kami, untuk memusnahkan rakyat kami.

“Kita perlu berjuang di sini. Kita perlu menyuarakan untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat kita di Palestin,” kata Badereddin ketika berucap kepada orang ramai malam ini.

Turut hadir, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Amanah Terengganu Raja Kamarul Baharin.

Terdahulu, penunjuk perasaan melaungkan “musnahkan Israel” sambil mengibarkan bendera Palestin.

Ketika berucap, Mukhriz berkata pemimpin AS, United Kingdom dan pemimpin dari negara-negara menyokong Israel perlu di hadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

“Senjata yang digunakan Israel ini diberikan oleh Amerika adalah untuk membunuh Israel, Israel ini adalah negara tidak mengikut undang-undang.

“Ini adalah satu jenayah perang yang perlu dihadapkan ke mahkamah dunia di atas jenayah perang yang mereka lakukan terhadap Palestin.

“Rakyat Malaysia perlu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel terhadap Palestin dan rakyat Malaysia tidak pernah melupakan rakyat Palestin,” katanya.

Sementara itu, Raja Bahrin menyoal kenapa peperangan Palestin di Gaza dinafikan bantuan sedangkan Ukraine mendapat dokongan untuk berperang dengan Rusia.

“Kalau dahulu mereka (Israel) kata mereka dipenjarakan, hari ini Gaza merupakan penjara terbesar di dunia.

“Rakyat Palestin dikongkong, disumbat dan dinafikan air minum, makanan dan perubatan. Itulah kekejaman Israel. Itulah yang digalakkan oleh Amerika.

“Kalau di Ukraine, apabila Rusia memasuki Ukraine, seluruh dunia keluar membantu Ukraine.

“Tetapi kenapa tidak di Gaza? Kenapa Gaza dinafikan? Dan patut lah apabila presiden Amerika (Joe Biden) mahu pergi ke Israel, satu peristiwa besar yang amat menyayat hati apabila lebih 500 nyawa Palestin terkorban dalam satu pertembungan yang amat dahsyat yang tidak pernah terlihat,” katanya.

Terdahulu, lebih 30 anggota polis berada di situ menghalang penunjuk perasaan daripada berarak ke kedutaan Amerika Syarikat.

Setelah berbincang dengan polis, penunjuk perasaan bersetuju untuk tidak berarak sebelum bersurai selepas berhimpun lebih sejam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon Kacak Didakwa Hamilkan Wanita

Wanna Ali berduet dengan bapa tiri

Azmi tak ambil hati gurauan Jihan dan Nabil

Roslan Madun menangis lihat pergaduhan keluarga ND Lala (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker