MOTR dedah kisah pengkhianatan

MOTR dedah kisah pengkhianatan

SKANDAL 1Malaysian Development Berhad (1MDB) nyata menarik perhatian pelbagai pihak di negara ini, malah seluruh dunia.

Ia berikutan skandal kewangan ini didakwa membabitkan bekas pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Razak serta seorang individu yang diburu iaitu Jho Low.

Melihat kepada tumpuan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah filem dokumentari dihasilkan berjudul Man on the Run (MOTR).

Pengarahnya, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasil filem dokumentari ini kerana liputan yang cukup meluas terhadap kisah 1MDB.

“Walaupun ia mendapat liputan meluas, namun masih ramai yang tak tahu perjalanan sebenar mengenai skandal ini.

“Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama untuk mereka yang mengikuti perkembangan kes ini,” katanya.

MOTR mendedahkan kisah mengejutkan mengenai rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.

Ia turut membabitkan Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri serta ‘playboy’ dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan negara menerusi apa yang diketahui umum sebagai 1MDB.

Dengan kerjasama Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion duit dalam akaun bank global untuk memupuk gaya hidupnya yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street.

‘Penyelidikan’ yang dilakukan Cassius ini membongkar rangkaian rasuah serta mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan antara terbesar ini.

Menurut Cassius, menerusi MOTR pihaknya dapat menemu bual individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan kisah 1MDB ini.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan ada pelbagai cabaran apabila ada segelintir yang tidak mahu ditemu bual bagi menjayakan filem dokumentari ini atas sebab tertentu.

“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat membuat temu bual dengan individu terdekat yang dikaitkan dengan skandal ini iaitu Najib sendiri.

“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk menjawab setiap soalan yang diberikan,” katanya.

Pada masa sama, Cassius yang juga penerbit eksekutif berharap MOTR dapat memberi penerangan kepada orang ramai terhadap keburukan yang berlaku kesan terhadap skandal berkenaan.

“Mengenai Jho Low pula, saya juga mengharapkan dia dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti. Cuma mungkin ia agak sukar dan khabarnya dia kini berada di Macau atau China.

“Sudah tentu saya sangat berminat membuat wawancara dengannya jika saya ada peluang berbuat demikian,” jelasnya.

Filem MOTR ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Oktober ini. HM

MOTR dedah kisah pengkhianatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?

Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’

Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker