Didakwa naik yuran perkhidmatan ‘secara senyap’, KPT siasat UM

Didakwa naik yuran perkhidmatan ‘secara senyap’, KPT siasat UM

Kementerian Pendidikan Tinggi akan menyiasat dakwaan pelajar bahawa Universiti Malaya (UM) menaikkan yuran perkhidmatan secara senyap-senyap, kata Menterinya Khaled Nordin.

Khaled berkata pihaknya belum menerima laporan lengkap berhubung dakwaan dibuat oleh Persatuan Mahasiswa Progresif UM.



“Ya, ini semua perkara yang ada (berlaku) di universiti, benda- benda begini kadang-kadang universiti memang dia tak maklum atau merujuk kepada kementerian.

“Jadi itu yang kementerian kadang-kadang pun tak tahu, apa- apa pun kita akan menyiasat perkara ini,” katanya dalam sidang media di Pahang menurut Malaysiakini.

Semalam, Presiden Persatuan Mahasiswa Progresif UM Nurul Afrina Rosli menuntut penjelasan daripada pihak pentadbiran universiti itu yang didakwa menaikkan yuran perkhidmatan secara senyap tanpa sebarang notis dikeluarkan.

Dakwanya, yuran perkhidmatan dikenakan kepada pelajar baru sesi akademik 2023/2024 sebanyak RM360, dengan kenaikan sebanyak RM119 atau 49.38 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Khaled bagaimanapun menjelaskan perkara itu berlaku hanya di satu universiti sahaja dan pihaknya belum menerima aduan berkaitan isu sama di tempat lain.

Didakwa naik yuran perkhidmatan ‘secara senyap’, KPT siasat UM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker