MIC ikrar sokong Anwar sebagai PM hingga PRU16

MIC hari ini mengulangi janji akan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim mentadbir negara sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Presidennya SA Vigneswaran.

“Sama ada kita berada dalam kerajaan atau tidak, MIC tetap akan mengotakan janji kepada PM untuk sokong beliau mengemudi kerajaan ini selama lima tahun.

“Tapi, selepas itu (PRU ke-16), parti akan membuat keputusan berdasarkan tawaran kerusi (yang diberikan) dan apa yang terbaik kepada parti,” katanya di Mesyuarat Agung Tahunan MIC negeri Selangor, di Padang Jawa, Shah Alam, hari ini.



Katanya, keputusan menentukan hala tuju parti pada masa akan datang penting untuk menjadikan MIC lebih kuat dari segi politik.

Dia berkata demikian ketika desas-desus bahawa Perikatan Nasional (PN) mungkin akan mengambil alih kerajaan pusat, selepas dakwaan beberapa ahli parlimen yang kini menyokong Anwar akan berpaling tadah.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tiada parti komponen Kerajaan Madani memberi sebarang petunjuk akan tarik balik sokongan kepada Anwar.

Selepas keputusan PRU15 lalu diumumkan, tiada mana-mana gabungan parti mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.



Keadaan ini menyaksikan BN pada masa itu memberikan sokongan kepada Anwar untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun ketika itu MIC antara parti komponen BN yang dilaporkan menentang keputusan Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi untuk bekerjasama dengan PH.

Untuk rekod, MIC dan MCA tidak bertanding dalam PRN selepas mendakwa diketepikan dalam soal pembahagian kerusi.

Vigneswaran ketika itu mendakwa antara sebab MIC tidak bertanding dalam PRN adalah kerana dasar pihak yang menang akan dikekalkan di kerusi tersebut, sementara kerusi yang dimenangi pembangkang akan dibincangkan dalam rundingan.



Katanya, rundingan tidak pernah membincangkan soal memberi kerusi kepada MCA dan MIC khususnya di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Selain itu, katanya, Umno juga tidak bersungguh-sungguh ketika mengadakan perbincangan kerusi bagi pihak MCA dan MIC.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker