Hizbullah sedia bersama Hamas untuk lawan Israel
Hizbullah sedia bersama Hamas untuk lawan Israel
Beirut: Pergerakan Hizbullah Lubnan yang disokong Iran pada Jumaat menyatakan kesediaannya untuk menyertai sekutunya, Hamas dalam perang menentang Israel, apabila tiba masanya.
Timbalan Ketua Hizbullah Naim Qassem menyatakan sedemikian ketika Hamas dan Israel saling berbalas tembakan pada hari ketujuh pertempuran.
Ia selepas ratusan lelaki bersenjata Hamas menyerbu merentasi sempadan dari Gaza ke Israel pada Sabtu minggu lalu dan membunuh lebih 1,300 orang.
Israel bertindak balas dengan mengebom sasaran Hamas di Semenanjung Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 1,900 orang, juga kebanyakan orang awam dan termasuk lebih 600 kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
“Kami, sebagai Hizbullah, menyumbang kepada konfrontasi dan akan (terus) menyumbang kepadanya dalam visi dan rancangan kami,” kata Qassem pada perhimpunan pro-Palestin di pinggir selatan Beirut.
“Kami bersedia sepenuhnya, dan apabila tiba masanya untuk bertindak, kami akan berbuat demikian,” katanya.
Pegawai itu, yang ucapannya bertepatan dengan lawatan menteri luar Iran ke Beirut, menolak gesaan supaya Hizbullah tidak menyertai perang.
Katanya, negara utama, negara Arab, dan utusan dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara langsung dan tidak langsung, meminta Hizbullah untuk tidak campur tangan dalam pertempuran.
“Hizbullah tahu tugasnya,” katanya.
Israel bertempur dengan pejuang Hizbullah dan puak sekutu Palestin di Lubnan dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Seorang wartawan Reuters terbunuh dan enam lagi dari AFP, Reuters dan Al Jazeera cedera di selatan Lubnan pada Jumaat, apabila mereka terperangkap dalam serangan rentas sempadan.
Tentera Israel berkata, tenteranya bertindak balas dengan tembakan artileri ke arah wilayah Lubnan selepas letupan merosakkan penghalang sempadan. HM
Hizbullah sedia bersama Hamas untuk lawan Israel
Baca Artikel Menarik:
- Anak Abang Jo ambil alih MyAirline?
- Pendang diarah keluar Dewan lagi
- Keadaan semakin genting di Gaza – Nurul Ain
- Aku tiada di rumah masa kejadian tapi ‘live’ demi mak – Syafiq Amzah
- Skirt Vivy Yusof berharga RM16,000 tarik perhatian ramai
- Zul Ariffin kembali bercinta dengan Gayatri?
- Lima cara menekan Israel
- Kenapa Hamas serang Israel?
- Penumpang marah MYAirline gantung operasi mengejut
- Kau ‘bantai’ kakak, adik, mak kau – bekas isteri Syafiq Amzah
- Ubai dedah Shila tanggung hutang keluarga ratusan ribu
- Keluarga kakitangan Aman Palestin di Gaza terbunuh
- ‘Stay safe’ Gadot, Raja Ilya dikecam netizen sokong artis Yahudi
- Bella tak percaya suami ke, soal netizen
- Jiran Mak Wan takut suami mereka disondol
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim
Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit
You must be logged in to post a comment.