Bantuan Palestin: Awas penipuan pihak-pihak ambil kesempatan

Bantuan Palestin: Awas penipuan pihak-pihak ambil kesempatan

Orang ramai diminta menyemak kesahihan mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan bantuan kepada penduduk Palestin bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, masyarakat dinasihat memilih saluran yang betul untuk sama-sama membantu penduduk Palestin yang kini sedang berperang dengan Israel.



“Dalam perkara ini masyarakat perlu lebih berwaspada untuk mengelak daripada terjerat dengan tindakan tidak bertanggungjawab mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan meningkatkan pemantauan serta mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak dikesan cuba mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Razarudin berkata, PDRM juga mengingatkan rakyat untuk tidak membuat sebarang pergerakan ke kawasan konflik atas faktor keselamatan.

Kata beliau, Cawangan Khas (SB) mengawasi sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke negara bergolak sehingga mewujudkan risiko keselamatan diri.



“PDRM akan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan atas belas ihsan rakyat Malaysia.

“Keselamatan rakyat Malaysia dalam usaha memberikan sokongan kepada rakyat Palestin turut menjadi keutamaan,” jelasnya. Utusan

Bantuan Palestin: Awas penipuan pihak-pihak ambil kesempatan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker