MYAirline gantung operasi serta-merta
MYAirline gantung operasi serta-merta
MYAirline menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta disebabkan “cabaran kewangan yang signifikan”.
Menurut syarikat penerbangan tambang murah, pihaknya telah “meneroka semua jalan perkongsian berpotensi dan penjanaan modal” untuk menyelamatkan perniagaannya.
“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya dalam kenyataannya pagi ini.
Sementara itu, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata, pihaknya telah menyediakan talian penting dan saluran khusus untuk membantu pengguna yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline.
Dilaporkan pada Ahad bahawa Rayner Teo telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) MYAirline berkuat kuasa 7 Okt atas sebab kesihatan.
Ketua Pegawai Operasi Stuart Cross kemudiannya mengambil alih tanggungjawab sebagai CEO sementara.
MYAirline sebelum ini berkata, operasinya kekal “teguh”, dan syarikat itu berada pada peringkat lanjut untuk memuktamadkan “perkongsian strategik”.
Tidak lama kemudian, menurut sumber, syarikat penerbangan itu dijangka mengalu-alukan pemilik baharu, seorang usahawan tempatan, yang akan menyuntik lebih banyak dana.
“Kami telah mengadakan sesi dialog awam bersama pemilik baharu itu, dan butirannya kini sedang dihalusi,” kata sumber itu, yang enggan namanya disiarkan, kepada FMT Business.
Pada Oktober tahun lepas, dilaporkan bahawa firma swasta Zillion Wealth dan Trillion Cove Holdings – kedua-duanya milik ahli perniagaan tempatan Goh Hwan Hua – masing-masing mempunyai kepentingan sebanyak 88% dan 10% dalam MYAirline.
Baki 2% saham dimiliki Rayner Teo, yang sebelum ini bersama AirAsia, syarikat penerbangan tambang murah milik Tony Fernandes.
MYAirline, yang sebelum ini menyifatkan model perniagaannya sebagai “ultra kos rendah”, bermula dengan menjalankan penerbangan domestik dari Langkawi, Kuching dan Kota Kinabalu.
Pada Jun, Bangkok menjadi destinasi penerbangan antarabangsanya yang pertama, tiba di lapangan terbang Suvarnabhumi and Don Mueang. FMT
MYAirline gantung operasi serta-merta
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.