AirAsia, Batik Air tawar diskaun tambang buat penumpang MyAirline
AirAsia, Batik Air tawar diskaun tambang buat penumpang MyAirline
Syarikat AirAsia dan Batik Air menawarkan diskaun tambang penerbangan secara eksklusif kepada penumpang MYAirline yang terjejas susulan pergantungan operasi syarikat tersebut berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan hari ini, AirAsia mengumumkan tawaran istimewa diskaun 50 peratus ke atas tambang asas secara eksklusif kepada penumpang yang telah membuat tempahan penerbangan yang disahkan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok mulai hari ini hingga 30 November depan.
Tambang asas 50 peratus adalah untuk tambang sehala tidak termasuk cukai lapangan terbang, bayaran Mavcom, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan.
Untuk menebus tawaran ini, penumpang yang terjejas boleh mengemukakan tempahan penerbangan MYAirline mereka yang disahkan di kaunter jualan AirAsia di KL Sentral di Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (Kota Bharu), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Tawau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueng dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam berkata, langkah itu sebagai sokongan bagi mengurangkan kesulitan rancangan perjalanan mereka yang terganggu.
“Kami memahami tekanan dan gangguan yang timbul akibat situasi ini dan berharap diskaun 50 peratus ini akan membantu penumpang yang terjejas dalam membuat aturan perjalanan baharu, menggunakan sepenuhnya rangkaian penerbangan kami yang luas ke semua destinasi utama,” katanya.
Dia berkata, pihaknya mengiktiraf bakat dan pengalaman kakitangan MYAirline, dan berhasrat menghulurkan bantuan dengan mempertimbangkan untuk mengambil individu berkelayakan berkongsi minat bersama syarikat ini.
“Mereka dialu-alukan menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka kepada pasukan kami.
Cara untuk menghancurkan halangan dan mencapai kebebasan kewanganKETAHUI LANJUT
“Kami menggalakkan kakitangan MYAirline yang terjejas untuk menghubungi kami dan meneroka kemungkinan menyertai keluarga kami,” katanya
Batek Air pula menawarkan diskaun untuk tambang tetap di laluan terpilih. Tambang istimewa yang ditawrkan termasuk penerbangan sehala meliputi Pulau Pinang (RM129), Langkawi (RM159), Kuching (RM199) dan Kota Kinabalu (RM299), serta Bangkok (Don Muang).
Penumpang yang terjejas dikehendaki melampirkan salinan tiket MYAirline mereka dan membuat tempahan melalui e-mel di [email protected].
Pengarah Strategik Kumpulan Lion dan Batik Air Chandran Rama Muthy dalam satu kenyataan berkata, penumpang boleh mendapatkan tambang istimewa ini untuk perjalanan sehingga 30 November. FMT
AirAsia, Batik Air tawar diskaun tambang buat penumpang MyAirline
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis