Siti bimbang keadaan ‘anak-anaknya’ di Gaza
Siti bimbang keadaan ‘anak-anaknya’ di Gaza
Datuk Seri Siti Nurhaliza, 44, mengakui bimbang dan sentiasa memantau situasi perang terkini yang mungkin mengancam nyawa 50 orang anak angkatnya di Gaza, Palestin.
Menurut Siti, pelajar-pelajar sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza itu sedang berhadapan dengan situasi getir sejak negara itu mengumumkan perang pada Sabtu.
“Pihak kami sedang memantau secara dekat situasi terkini di sana dan mendoakan agar anak-anak ini selamat.
“Situasi terkini di sana sangat runcing. Masjid dan bangunan musnah, hilang nyawa dan harta benda. Namun sebagai saudara Islam, kita usahakan apa yang termampu dan teruslah mendoakan keselamatan mereka.
“Saya mengenangkan bagaimana keadaan anak-anak angkat saya di sana.
“Semoga semuanya di dalam peliharaan Allah,” luah penyanyi itu menerusi laman Instagram.
Penyanyi Sehebat Matahari itu juga mengajak orang ramai untuk sama-sama menghulurkan sumbangan agar dapat membantu penduduk di Gaza meneruskan kehidupan.
“Perkara ini tidak boleh dipandang sahaja tanpa berbuat apa-ара. Lebih pilu apabila menerima khabar daripada para pendidik di bumi Palestin terdapat sejumlah masjid hancur binasa akibat kebiadaban zionis.
“Justeru, bagi tujuan membantu dan berkongsi rasa kesulitan yang mendalam, Nurjiwa Foundation dengan kerjasama Kita Fund meneruskan kempen Tabung Bantuan Khas Palestin yang telah dilancarkan sejak tahun 2021,” tambahnya.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah meragut ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.
Setakat ini, lebih 700 rakyat Palestin maut di Gaza, termasuk di Tebing Barat.
Dalam pada itu, Israel dilaporkan telah mengerahkan 300,000 tentera simpanan dalam melaksanakan pengepungan sepenuhnya di Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, menerusi Yayasan Nurjiwa, Siti mengumumkan membina sebuah sekolah yang menawarkan pengajian al-Quran dan subjek akademik bagi membantu anak-anak di Palestin sejak Oktober 2021.
Pada Mei lalu, Siti turut mengadakan konsert khas Satu Suara Vol 3 bagi tujuan meraih kutipan dana membantu kanak-kanak di sekolah tersebut. Utusan
Siti bimbang keadaan ‘anak-anaknya’ di Gaza
Baca Artikel Menarik:
- Marah diperli jiran punca lelaki letupkan bom
- Sorok beras tempatan, kilang di Kedah disita
- Keselamatan Roger Ng dalam bahaya – IGP
- Suami terkejut isteri buat servis di laman web lucah
- Gaza dikepung, penduduk tanpa bahan api, ubat, makanan
- Pasangan suami isteri pelajar USIM, 4 anak maut serangan Israel di Gaza
- Saya sudah cuba… Tapi gagal – Mawar Rashid
- 2 leftenan Kolonel didakwa cabul gadis kedi golf
- Presiden Palestin Abbas mohon bantuan Presiden Rusia untuk hadapi Israel
- Buat laporan tentang pemandu mabuk, dipersendakan pulak?
- Siapa GF Naim Daniel, Iman Troye ke Sissy Iman?
- Mais selar dakwaan Dusuki
- Bayaran Janna Nick tahap diva, tak mampu nak bayar
- Have fun jaja cerita cerai saya – Nadia Annuar
- Kahwinlah Anju, elak buat dosa, nasihat netizen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas
Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis
You must be logged in to post a comment.