Kembar maut kemalangan

Kembar maut kemalangan

PASIR SALAK: Dua beradik kembar maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kampung Changkat Rambai, Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa maut dikenali sebagai Nur Shahidah dan Nur Zuhaida Abdull Karim, masing-masing berusia 33 tahun, maut akibat parah.

Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah, Abd Hadi Abdullah, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 11.17 pagi.

Menurutnya, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Kancil yang dinaiki dua wanita itu dan sebuah SUV jenis Nissan X-Trail yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita berusia awal 40-an.

“Bomba mengeluarkan dua wanita yang tersepit di dalam Perodua Kancil dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua wanita berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Dua lagi mangsa yang menaiki Nissan X-Trail cedera ringan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. BH

Kembar maut kemalangan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker