Tabung Kemanusiaan Palestin diaktifkan Media Prima

Tabung Kemanusiaan Palestin diaktifkan Media Prima

Media Prima Berhad (Media Prima) mengaktifkan semula Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, susulan krisis kemanusiaan terkini di Palestin.

Tabung itu bertujuan bagi mengumpul sumbangan orang ramai untuk membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan bagi komuniti yang terjejas dalam zon konflik.



“Media Prima amat bersimpati dengan nasib rakyat Palestin. Pengaktifan semula ini bertujuan untuk menggalakkan sumbangan orang ramai kepada tabung bagi menyediakan bantuan kecemasan.

“Bantuan kecemasan itu membabitkan antaranya bekalan dan perkhidmatan perubatan, bekalan makanan, dan keperluan asas kepada komuniti yang terperangkap dalam krisis itu,” menurut kenyataan Media Prima, hari ini.

Sumbangan kepada mangsa krisis kemanusiaan di Palestin boleh disalurkan melalui Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima menerusi akaun Bank Muamalat 1401 0008 8447 15 atau Maybank 5642 7651 0331.

Selain itu, sumbangan dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad, Tingkat 5, Anjung Riong, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.



Sabtu lalu, tentera Hamas mengisytiharkan serangan terbesar ke atas pencerobohan rejim Israel di Palestin dengan lebih 5,000 roket dibedil dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel melalui Operasi Banjir al-Aqsa.

Perkembangan terkini daripada konflik kemanusiaan yang berterusan di Palestin mengakibatkan lebih 20,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal, ratusan kematian dilaporkan, ribuan cedera dan ribuan lagi dilaporkan hilang. HM

Tabung Kemanusiaan Palestin diaktifkan Media Prima

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi



Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker