Ah Pek zahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak
Ucapan syukur dizahirkan pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Ah Pek dipercayai merupakan waris empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang di Pulau Perhentian, Terengganu pada minggu lalu.
“Alhamdulillah ibu mentua, adik ipar lelaki dan dua anak saya telah selamat dijumpai,” tulis Ah Pek dalam hantaran yang dimuat naik pada kira-kira jam 3 petang pada Selasa.
Dalam hantaran itu, dia turut mengucapkan penghargaan kepada pihak berkuasa dan orang ramai.
“Alhamdulillah ibu mertua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai. Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yg terlibat membantu kes ini sehingga selesai.
“Sekarang saya masih dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang untuk tarik laporan, bahawa kes sudah selesai.
“Untuk keadaan anak saya sesampainya di rumah akan saya akan ‘update’. Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan, menyampaikan.
“Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan- tuan semua. Alhamdulilah, syukur,” katanya.
Sebelum itu, media melaporkan empat sekeluarga iaitu seorang wanita, anak lelaki dan dua cucunya dikhuatiri hilang kerana gagal dihubungi selepas bercuti di Pulau Perhentian pada hujung minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad, berkata, wanita itu dikenali sebagai Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga dikesan keluar dari pulau peranginan itu.
Sebelum itu, polis mengesahkan menerima laporan empat sekeluarga yang dikhuatiri hilang ketika bercuti di Pulau Perhentian di sini.
Beliau berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa dibuat ahli keluarganya pada Isnin setelah mereka gagal dikesan sejak 30 September.
Menurut Abdul Rozak, siasatan di lokasi percutian itu mendapati empat sekeluarga itu telah ke Pulau Perhentian pada 29 September lalu dan telah menginap di Senja Bay Resort sebelum mendaftar keluar jam 8 pagi pada 1 Oktober lalu.
Pada Isnin, tular hantaran oleh seorang pemilik akaun Facebook yang bimbang mengenai kehilangan dua anak, ibu serta adik lelakinya yang gagal dihubungi sejak Sabtu lalu.
Hantaran dikongsikan melalui akaun Facebook Ah Pek itu mendapat 28,000 perkongsian, 3,800 komen dan 10,000 reaksi daripada netizen yang prihatin dengan situasi tersebut.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tribute To Mael, XPDC ‘mengamuk’ di Singapura
- Meet Uncle Hussain angkut Cliff Umar dan Hazama masuk DFP
- Suami Noniswara meninggal dunia
- Mahkamah tolak permohonan Mahathir arah Anwar kemuka dokumen
- GV10 : Cliff Umar, Suki Low tersingkir awal
- Arnab Kangkang Dania, kena cuba
- Azeem usah terlepas pandang Lalu Muhammad Zohri
- Anak lemas jatuh kolam pancing, bapa menangis menyesal tidak terhingga
- Harta saya bernilai RM2.3 billion tidak diperlukan oleh anak-anak – Mick Jagger
- Zahid ‘Pulang paku buah keras’ pada PAS
- “Kaki saya saiz 11,” Kak KM cabar ‘penyodol’ agar cuba sondol suaminya
- Anak jururawat maut ditikam mencari ibunya
- Lepas kecoh, Marissa buat video tutorial mekap pula
- Zara Zya sudahlah cantik, baik hati pula
- Nabil perjelas isu Mamat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik
You must be logged in to post a comment.