Arnab Kangkang Dania, kena cuba

Arnab Kangkang Dania, kena cuba

PERTAMA kali mendengar namanya mungkin agak pelik dan membuatkan sesiapa sahaja tertanya-tanya sambil menggaru kepala.

Arnab kangkang. Ya, itulah nama menu yang dipilih dan diperkenalkan siswi cantik bernama Dania ini menerusi perniagaannya.

Pemilihan nama catchy itu juga merupakan modal pemasaran baginya dalam mengetengahkan produk arnab bakar terutama buat mereka yang gemarkan makanan eksotik.

Nur Dania Irdina Mat Said berkata, dia mula jatuh cinta dalam perniagaan berasaskan makanan sejak berusia 18 tahun.

“Ketika itu saya suka buat reviu makanan dan produk selain menimba ilmu perniagaan.

“Jadi, saya dan seorang rakan perniagaan mulakan bisnes arnab bakar yang diberi nama arnab kangkang ini sejak hujung tahun lepas,” katanya.

Sedang mengikuti pengajian dalam Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah, Dania mengakui gigih mencari wang saku dan tidak hanya mahu mengharapkan wang dari keluarga.

“Menu tersebut dinamakan sebegitu sebab kedudukan arnab yang ‘terkangkang’ apabila dibakar.

“Kalau ikutkan bukan kami saja-saja letak. Selain tertanya-tanya nama kangkang, ada juga pelanggan yang tertanya-tanya tentang daging arnab sebab kebiasaannya yang dijual adalah sate arnab, belum lagi orang jual arnab seekor,” ujarnya.

Menurut anak sulung daripada dua beradik berusia 20 tahun ini, kelainan berkenaan juga membuatkan gerai arnab bakar mereka di Sungai Petani menuai perhatian ramai.

“Mungkin kerana haiwan ini comel seperti kucing membuatkan ia jadi tanda tanya ramai sewaktu mula kami berniaga.

“Namun, ia halal dimakan dan cukup menyelerakan bagi mereka yang gemar makanan eksotik.

“Daging arnab juga ada banyak khasiat iaitu mengandungi protein yang tinggi dan tidak mempunyai lemak serta memberi tenaga,” katanya.

Jelas Dania lagi, daging arnab mempunyai tekstur kenyal dan rasa lebih manis berbanding daging ayam.

Tambahnya, lebih mengejutkan ada pelanggan yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan negara seberang tambak, Singapura semata-mata mahu mencuba resipi unik ini,” katanya yang menjual arnab bakar dengan harga serendah RM19 hingga RM65 seekor.

Bermodalkan wang simpanan RM4,000 bagi memulakan perniagaan, Dania mengakui bisnes tersebut begitu mencabar buat dirinya yang sedang mengikuti pengajian di kampus.

“Masa awal-awal berniaga, saya memang risau jika tidak pandai membahagikan masa dengan sebaiknya.

“Justeru, saya ada waktu yang khusus untuk belajar dan kami berdua dibantu pekerja yang mengendalikan operasi di gerai.

“Saya kena bijak bahagikan masa antara belajar dan berniaga. Pada saya tidak salah untuk mahasiswa bekerja cari wang saku sambil menimba ilmu asalkan pelajaran tidak terganggu,” tuturnya yang meyakini dalam penawaran bisnes makanan dan minuman (F&B) perlu ada kelainan tertentu.

Bercita-cita mahu bergelar usahawan berjaya suatu hari nanti, Dania berjanji untuk menghabiskan pengajiannya dan akan terus melakukan terbaik bagi perniagaan yang diusahakan. K Online

Arnab Kangkang Dania, kena cuba

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker