Tok Mat kata menang PRK Pelangai dahulu baru tukar kepimpinan UMNO Terengganu

 

Cadangan untuk menukar kepimpinan Umno Terengganu perlu dibawa ke biro politik terlebih dulu, kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Namun katanya, tumpuan parti itu kini adalah untuk memenangkan calon BN, Amizar Abu Adam di kerusi DUN Pelangai.

“Itu biar kami bawa dalam biro politik…biro politik ini merupakan pengerusi-pengerusi (Umno negeri) dan kita akan bincangkan kedudukan Umno Terengganu dan bagaimana cara kita berhadapan jika ada pilihan raya,” katanya.

Mohamad berkata demikian kepada media selepas program Sembang Santai PRK DUN Pelangai di Felda Chemomoi, dekat Bentong, malam tadi.

Semalam media melaporkan seorang veteran Umno menggesa rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu yang ‘dibadai’ ‘Gelombang Hijau’ pada PRU15 dan PRN.

Bekas ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Abdul Rahman Bakar berkata, kepimpinan Ahmad Said perlu diganti dan mencadangkan supaya 80 peratus daripada anggotanya membabitkan muka baru manakala selebihnya pemimpin lama, berperanan sebagai penasihat.

Abdul Rahman yang pernah diberi jolokan ‘Giant Killer’ kerana mengalahkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang pada pilihan raya 1986 dan 2004 berkata perubahan juga harus dibuat di peringkat cawangan hingga bahagian memandangkan ia dekat dengan akar umbi.

Bagaimanapun Mohamad berkata Umno perlu menumpukan PRK Dun Pelangai sebelum membincangkan isu pertukaran kepimpinan Umno Terengganu.

“Kita ambil satu-satu, kita habiskan Pelangai ni dulu. Saya belum buka bab itu lagi. Dia (veteran Umno Terengganu) boleh cakap, dia boleh beri pandangan insya-Allah.

“Tapi, tumpuan kami sekarang untuk menang di Pelangai,” katanya.

Sementara itu mengulas mengenai “gelombang hijau”, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Hasan berkata gelombang berkenaan tidak wujud yang ada hanyalah undi protes.

“Orang kata ‘green wave’ saya kata tak ada ‘wave’ sebenarnya. Sebenarnya banyak undi protes dan itu saja.

“Orang masih sayangkan dengan Umno, jadi Umno kita akan buat sesuatu untuk kita perkasakan,” katanya lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker