Taib Mahmud tampil semula dikhalayak selepas dua bulan

Taib Mahmud tampil semula dikhalayak selepas dua bulan

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud tampil di khalayak buat pertama kali selepas lebih dua bulan berehat susulan rawatan di luar negara.

Beliau bersama isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir di Padang Merdeka di sini, kira-kira jam 8.30 pagi bagi menyertai rakyat pada perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri 1445H/2023M.



Kedatangan Abdul Taib dan Ragad disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Seramai 10,991 peserta mewakili 248 kontinjen pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sekolah menyertai program berkenaan yang berlangsung dalam hujan renyai-renyai.

Abang Johari dalam ucapannya berkata, pentadbiran kerajaan Sarawak menjadikan perjuangan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh untuk membawa kemakmuran masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini.

Katanya, ketokohan Rasulullah yang penuh integriti dan berwawasan mendorong kepada pentadbiran kerajaan yang baik.



“Kerajaan Sarawak sentiasa memastikan keadilan ditegakkan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama demi membangunkan negeri dalam keadaan aman dan makmur,” katanya.

Abang Johari berkata pentadbiran kerajaan yang didasari Piagam Madinah memainkan peranan penting untuk mengendalikan masyarakat Islam dan orang bukan Islam di negeri ini.

“Amalan toleransi agama diperlihatkan secara terang lagi nyata ketika Rasulullah SAW bersetuju menandatangani perjanjian dengan para rahib di biara St Catherine di kaki Bukit Sinai pada 627M.

“Malah, perjanjian tersebut tercatat dalam sejarah dunia sebagai satu dokumen perjanjian yang mencerminkan kemuliaan sifat baginda dalam hubungan antara agama,” katanya.



Justeru, Abang Johari berkata Sarawak mengambil iktibar perjuangan pemimpin agung Islam itu kerana sesuai dengan keadaan masyarakat negeri ini yang berbilang kaum dan agama. BH

Taib Mahmud tampil semula dikhalayak selepas dua bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker