PayNet sahkan caj transaksi DuitNow QR bermula 1 Nov

PayNet sahkan caj transaksi DuitNow QR bermula 1 Nov

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali DuitNow QR mengesahkan pengguna aplikasi itu akan dikenakan caj bermula 1 Nov ini.

Bagaimanapun, syarikat itu berkata caj kadar diskaun pedagang atau ‘merchant discount rate (MDR)’ bukan perkara baharu kerana ia dikecualikan ketika tempoh pengenalan aplikasi DuitNow QR pada 2019, bagi menggalakkan penggunaannya.



Syarikat itu turut menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan tidak akan terkesan menerusi pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan.

“Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian (‘waiver’) MDR pada pembayaran QR.

“Ia bukanlah suatu yuran baharu mahupun caj tambahan. Sebaliknya, 1 November adalah permulaan kepada penamatan penepian MDR yang sepatutnya dilakukan lebih 9 bulan lalu,” menurut PayNet dalam satu kenyataan.

Sejak beberapa hari lalu, media tempatan melaporkan “merchant” atau penjual yang menerima pembayaran menerusi DuitNow QR akan dikenakan caj bergantung kepada mod pemindahan wang.



Perkhidmatan DuitNow QR membolehkan pemindahan wang antara bank dan entiti bukan bank menerusi imbasan kod.

Berkaitan kebimbangan bahawa kos MDR akan dipindahkan kepada pengguna, PayNet menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudahpun tertakluk kepada MDR.

“Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga sama dengan pembelian tunai.

“Oleh itu, kami tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan,” kata syarikat itu.



PayNet berkata, dana rizab bakal diwujudkan menerusi MDR yang dikutip untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada peniaga kecil.

“Walaupun PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga, beberapa bank pemeroleh dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan pengenaan MDR atau menyerapnya untuk peniaga kecil.

“Dalam hal ini, peniaga perlu menyemak dengan bank atau pemeroleh pihak ketiga mereka untuk perkara ini.” FMT

PayNet sahkan caj transaksi DuitNow QR bermula 1 Nov



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker