Rasulullah contoh ikutan terbaik – Anwar

Rasulullah contoh ikutan terbaik – Anwar

Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Beliau dalam perutusan Maulidur Rasul 1445H yang dikongsi di Facebook malam ini, berkata perjuangan Nabi Muhammad dalam menyampaikan dakwah dan membimbing umat perlu dijadikan teladan agar terus tekal, walaupun diasak musuh setiap masa dari segenap penjuru.



“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah.

“Moga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan berterusan buat Baginda Nabi Muhammad.”

Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok. Tema sambutan tahun ini ialah “Perpaduan Teras Malaysia Madani”.

Rasulullah contoh ikutan terbaik – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker