PRU16 matlamat utama, sekarang ‘mode survival’ – Tok Mat

PRU16 matlamat utama, sekarang ‘mode survival’ – Tok Mat

Barisan Nasional (BN) dan Umno kini berada dalam “mode survival” dan bersiap-sedia untuk PRU16, selepas parti itu kalah teruk pada PRU15 November tahun lalu, kata Mohamad Hasan.

Beliau berkata, Umno dan BN yang “lemas ketika itu memerlukan rakan untuk timbul kembali” bagi membina kekuatan parti.



“Matlamat utama kita selewat-selewatnya Mei 2027 kita perlu adakan PRU16, di situ nanti nilai diri kita, sama ada dah kuat sangat, boleh berdiri sendiri, perlu rakan atau tidak, nilai ketika itu, jangan asyik menilai sekarang, memang kita tak kuat sekarang.

“Kita perlu rakan, kita dah lemas, timbulkan dulu ke permukaan air, tengok pulau mana paling dekat berenanglah ke situ dulu, naikkan dulu, keringkan badan, esok baru cakap hala tuju, (sekarang) dah lemas hala tuju apa.

“Orang lemas ada hidup dan mati. Kita dalam ‘mode survival’. Esok dah sihat badan nak pakai apa, samping ke lantak masing-masing. Tepuk dada tanya selera,” kata timbalan presiden Umno dalam ceramah kempen PRK DUN Pelangai di Felda Chemomoi.

Beliau berkata, hala tuju parti juga hanya akan ditentukan selepas kekuatan Umno kembali pulih.



“Strategi kita simpan. Ini tempur kecil, pertempuran di PRK Pulai, Simpang Jeram, insya-Allah tempur di Pelangai kita menang. Ini akan bangkitkan semangat kita.

“Peperangan sebenanrnya PRU16. Itu dia. Itu yang kami, saya dan rakan-rakan kepimpinan parti buat sekarang untuk kami bangun. Kalau duduk luar kerajaan nak buat apa meraung meraung.

“Kalau dalam kerajaan banyak benda boleh buat, banyak agenda boleh urus, banyak perkara boleh buat,” katanya.

Sehubungan itu katanya, Mohamad menegaskan Umno tidak sesekali bertolak ansur dengan perjuangan mereka walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), yang di dalamnya termasuk DAP.



“Ada kata kami dah tinggalkan perjuangan, ‘UmDAP’, tidak ada. Kami Umno. Kalau (PH) langgar sempadan, kami ambil tindakan, apa nak risau.

“Kita akan bina semula (kekuatan Umno), mulai Simpang Jeram, Pulai tempoh hari, diikuti Pelangai kita bangkit kuatkan parti untuk tentukan sama ada nak berseorangan atau tidak PRU16 itu cerita kemudian. Medan ini mesti menang untuk bina kekuatan semula,” katanya. FMT

PRU16 matlamat utama, sekarang ‘mode survival’ – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker