MB Pahang nafi PH tuntut 30 peratus kuota jawatan lantikan

MB Pahang nafi PH tuntut 30 peratus kuota jawatan lantikan

Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail menafikan dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan (PH) menuntut 30 peratus kuota jawatan lantikan dalam kerajaan negeri.

Kata Wan Rosdy, setakat ini belum ada lantikan baru dalam semua agensi berkaitan kerajaan termasuk Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).



“30 peratus siapa yang cakap? Setakat ini kedudukan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), kita belum buat pelantikan baru. Jadi macam mana boleh kata tuduhan 30 peratus untuk DAP dan sebagainya?

“Ini tuduhan liar. Mereka menimbulkan persepsi, fitnah dan rakyat yang tak berfikir dua kali terpedaya dengan mereka.

“Jangan layan sebarang tohmahan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak,” katanya ketika ditemui selepas program ramah mesra di Rumah Kelab Dayabudi di Kuarters Kilang Sawit Felda Kemasul, dekat Bentong, hari ini.

Hadir sama calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai, Amizar Abu Adam.



Sebelum ini calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli menerusi catatan di Facebooknya mendakwa terdapat rundingan antara BN dan PH berkaitan kuota 30 peratus jawatan lantikan kerajaan masih belum selesai.

Jelasnya ia bukan satu dakwaan atau tuduhan bahawa kerajaan sudah memberikan kuota 30 peratus itu kepada DAP sebaliknya hanya sekadar apa yang difahaminya.

PRK DUN Pelangai akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Amizar, Haslihelmy dan Kasim Samat dari PN.

Mengulas lanjut, Wan Rosdy mengingatkan supaya orang ramai tidak mempercayai tohmahan yang dibuat oleh calon Bebas itu.



“Calon Bebas ini saya ingat jangan percayalah sebab track recordnya tak bagus. Tak bagus tu maksudnya ada dia melakukan perkara-perkara yang tak elok dan telah mendapat perhatian pihak berkuasa dan pihak berkuasa telah bertindak.

“Orang macam ni saya fikir tak payah dengar cakap dia. Macam tuduhan 30 peratus merupakan reka cipta dengan tujuan rakyat percaya…ini untuk mewujudkan suasana dan perasaan tak puas hati di kalangan sesama kita,” katanya lagi. Mk

MB Pahang nafi PH tuntut 30 peratus kuota jawatan lantikan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker