Padu nasihat Bell kepada Anne Ngasri

Padu nasihat Bell kepada Anne Ngasri

Pelantikan Datin Anne Ngasri, 38, sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA ternyata menimbulkan polemik dan menjadi topik perbahasan netizen di media sosial, baru-baru ini.

Ia susulan terdapat segelintir individu yang mempertikaikan kredibiliti Anne memegang jawatan berkenaan seterusnya mengemudi GiatMARA pada sesi kali ini.



Bagaimanapun, abangnya yang juga pelakon dan pelawak popular, Bell Ngasri, 43, menganggap perkara dilalui adiknya itu sebagai jalan untuk menjadi individu lebih hebat pada masa akan datang.

Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri berkata, dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah, malah orang ramai boleh memberikan apa sahaja pendapat dalam media sosial.

“Saya berharap Anne anggap ini adalah cabaran untuk menjadi orang lebih baik dan mampu untuk terus berjaya pada masa akan datang.

“Kalau orang hanya suka dan tidak mengkritik tak guna juga. Hidup kita pula akan membosankan.



“Dengan ujian seperti ini mungkin Anne akan ada keinginan untuk membuktikan dirinya layak bergelar Timbalan Pengerusi GiatMARA,” katanya ditemui pada sesi tayangan ekslusif filem terbaharu, Geng Sakau VS Hantu Ting Tong di Dadi Cinema Pavillion, di sini, semalam.

Pada masa sama, Bell menitipkan pesanan kepada Anne supaya terus kuat dalam menempuhi ujian untuk menggapai cita-citanya itu.

“Bidang lakonan pun begitu juga, kalau hari ini saya berlakon tak semestinya terus jadi ‘hero’. Kebiasaannya mesti akan bermula dengan menjadi pelakon tambahan, barulah boleh naik.

“Saya sudah lebih 30 tahun dalam bidang seni dan pelbagai kecaman diterima. Jadi, sepatutnya Anne yang masih baru dalam bidang ini jangan mudah jatuh atau kecewa,” katanya.



Bagaimanapun, penerima trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 ini menegaskan, dia tidak pernah memarahi netizen dan berharap adiknya dapat melakukan perkara sama.

“Saya berterima kasih kepada netizen kerana mungkin apa yang mereka cakap boleh berikan cabaran kepada Anne untuk menjadi lebih baik.

“Jawatan sekarang Timbalan Pengerusi GiatMARA sahaja, mungkin suatu masa boleh jadi Timbalan Menteri atau Menteri,” katanya.

Sementara itu, mengulas pelantikan Anne, Bell meluahkan rasa syukur kerana adiknya melakar satu pencapaian baharu.



“Alhamdulillah, itu adalah rezeki Anne untuk dapat apa yang diingini. Memang Anne pelakon, tetapi tak semestinya perlu fokus kepada bidang seni sahaja.

“Ada orang yang berlakon, tetapi minat bidang pengarahan atau perniagaan. Anne ada matlamat lain selain berlakon.

“Adalah rezeki untuk berjaya dalam bidang diceburi,” katanya.

Baru-baru ini, Anne yang juga ibu kepada enam cahaya mata melahirkan rasa syukur selepas dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA.



Anne atau nama sebenarnya, Naszriah Ngasri berkongsi berita baik itu menerusi hantaran di Instagram (IG).

Dalam hantaran itu, Anne berkongsi momen memberikan skrol kepada barisan graduan institusi pada Majlis Konvokesyen Graduasi GiatMARA Ke-36 Zon Pantai Timur 2023. BH

Padu nasihat Bell kepada Anne Ngasri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker