Tiga mayat tangan kaki terikat ditemui dalam stor rumah
Tiga mayat tangan kaki terikat ditemui dalam stor rumah
Pemeriksaan polis di sebuah rumah sewa di tingkat dua rumah kedai empat tingkat di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini selepas menerima laporan berlaku pergaduhan membongkar penemuan tiga mayat lelaki di rumah terbabit, malam tadi.
Mayat ditemui sepasukan anggota polis kereta peronda (MPV) yang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dari orang awam menerusi MERS 999 kira-kira jam 11 malam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata ketiga-tiga mayat dipercayai mangsa bunuh itu ditemui dalam keadaan bertindan dalam sebuah bilik stor rumah berkenaan.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati rumah sewa lima bilik itu disewa pasangan suami isteri warga Sri Lanka, berusia lingkungan 40-an serta seorang anak lelaki berusia 20-an dan dua lagi lelaki rakan senegara berusia antara 20-an hingga 30-an.
“Pergaduhan itu dipercayai berlaku antara pasangan suami isteri itu dengan dua lelaki warga Sri Lanka yang didakwa rakan mereka dari Klang, Selangor yang datang melawat dan bermalam di situ sejak dua hari lalu.
“Bagaimanapun, ketika polis sampai, kedua-dua lelaki terbabit sudah melarikan diri dan mereka kini menjadi suspek utama dalam kejadian pembunuhan ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, ketika anggota polis tiba di lokasi, pasangan suami isteri itu dipercayai tidak menyedari berlaku pembunuhan dalam rumah membabitkan anak lelaki mereka dan dua lagi penghuni.
“Anak lelaki dan dua lagi mangsa tinggal di tiga bilik berasingan dalam rumah itu dan kedudukan bilik juga agak terasing. Mereka hanya menyedari perkara itu selepas polis membuat pemeriksaan dan menemukan mayat kesemua mangsa.
“Ketiga-tiga mayat ditemui dalam keadaan bertindan dalam sebuah bilik stor. Tangan dan kaki mereka berikat dan kepala disarung plastik dengan satu mayat dalam keadaan bogel dan ada kesan kelar,” katanya.
Menurut Allaudeen, kejadian ini dipercayai sudah dirancang awal oleh kedua-dua suspek dan siasatan mendapati mereka mengenali pasangan suami isteri terbabit kira-kira enam bulan.
Bagaimanapun kata beliau, pihak polis belum dapat memastikan motif pembunuhan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Dalam pada itu, katanya pemeriksaan Unit Forensik Polis Kuala Lumpur di lokasi kejadian menemukan sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kes ini.
“Hasil soal siasat ke atas pasangan suami isteri terbabit, kita berjaya kenal pasti identiti kedua-dua suspek dan usaha mengesan mereka kini sedang dijalankan.
“Mereka juga mendakwa kali terakhir bertemu dengan anak mereka sehari sebelum kejadian.
“Kedua-dua pasangan suami isteri direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 29 September untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.
Katanya, semakan mendapati pasangan suami isteri dan tiga mangsa itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan bekerja di sini.
Allaudeen berkata tiga mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat yang dijalankan pada pagi dan petang ini.
Beliau turut memohon bantuan media untuk menyebarkan gambar kedua-dua suspek dan bantuan orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.
Maklumat boleh disalurkan terus ke Bilik Gerakan Polis Kuala Lumpur ditalian 03-21460584 / 0585 atau mana-mana balai polis berhampiran. BH
Tiga mayat tangan kaki terikat ditemui dalam stor rumah
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET