PRK Pelangai: Haslihelmy bakal dilucut keahlian Umno

PRK Pelangai: Haslihelmy bakal dilucut keahlian Umno

Bentong: Ahli perniagaan Haslihelmy DM Zulhasli sedia untuk bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai meskipun berdepan kemungkinan dipecat daripada Umno.

Ahli Umno Kampung Sum-Sum berusia 36 tahun itu berkata, beliau sudah menghadiri taklimat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong, semalam.



“Saya hadir taklimat SPR bersama dua lagi calon, yang juga rakan saya. Sebagai calon Bebas, saya ditawarkan beberapa simbol untuk digunakan sepanjang kempen termasuk kereta, kunci dan pesawat tetapi saya hanya akan buat keputusan selepas proses penamaan calon esok.

“Apabila kertas pencalonan saya diterima esok, saya mungkin dipecat daripada Umno dan saya tiada masalah… saya sedar dan bersedia berdepan sebarang kemungkinan daripada tindakan saya.

“Saya sudah pun mempunyai kumpulan penyokong sendiri, yang terdiri daripada penduduk tempatan, termasuk pencadang dan penyokong,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengenai keputusannya bertanding solo (tanpa parti), Haslihelmy yang juga Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang berkata, beliau mahu memastikan suara rakyat di Pelangai, terutama generasi muda didengar dan menganggap langkah bertanding sebagai calon Bebas adalah pendekatan terbaik.



Mengenai peluangnya pada PRK itu yang mungkin mengecewakan, Haslihelmy berkata, beliau yakin tidak akan kehilangan deposit.

“Kedua-dua ibu bapa saya berasal dari Pelangai. Ayah saya berasal dari Felda Chemomoi, manakala ibu saya berasal dari Kampung Jawi-Jawi.

“Saya mendirikan pangkalan saya di Pelangai sejak beberapa hari lalu dan sering keluar bertemu orang ramai dengan sokongan beberapa saudara serta rakan saya di sini,” katanya.

Adun Pelangai sebelum ini, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, yang meninggal dunia dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu ialah Ketua Cawangan Umno Kampung Sum Sum, yang mana Haslihelmy adalah ahlinya.



Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh berkata, Haslihelmy akan dilucutkan keahlian parti secara automatik jika beliau bertanding pada PRK berkenaan.

“Beliau ialah ahli biasa cawangan Kampung Sum-Sum. Setakat ini, beliau tidak berunding dengan bahagian Bentong mengenai keputusannya untuk bertanding di Pelangai,” katanya.

Pada pilihan raya umum (PRU) lalu, Johari memenangi kerusi Dun Pelangai dalam pertembungan empat penjuru, dengan majoriti 4,048 undi, selepas memperoleh 7,308 undi.

Penamaan calon bagi PRK Pelangai akan diadakan esok, manakala hari pengundian adalah pada 7 Oktober depan. HM



PRK Pelangai: Haslihelmy bakal dilucut keahlian Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah



Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?



Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker