Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps

Keluarga seorang lelaki Carolina Utara yang meninggal dunia selepas  kenderaannya melalui sebuah jambatan runtuh kerana mengikut pandu arah  Peta Google (Google Maps),  bertindak menyaman gergasi teknologi itu, lapor akhbar New York Post semalam.

Philip Paxson memandu pulang dari majlis hari ulang tahun kelahiran anak sulungnya pada 30 September tahun lalu. Kenderaan dipandunya terjunam ke dalam anak Sungai Snow  di Hickory, menyebabkan mangsa lemas kerana mengikut arahan perjalanan peta tersebut, demikian menurut saman difailkan keluarganya kelmarin.

Bapa kepada dua anak berusia 47 tahun itu tidak biasa dengan kawasan kejiranan yang dipandunya pada malam yang gelap dan cuaca ribut.

Arahan Peta Google itu meminta dia melalui jambatan yang runtuh hampir sedekad sebelumnya dan tidak pernah dibaiki.

“Anak-anak bertanya bagaimana ayah mereka meninggal dunia dan saya kehabisan kata-kata. Sebagai orang dewasa, saya masih tidak faham bagaimana mereka yang bertanggungjawab terhadap arah GPS (Sistem Penentu Kedudukan Sejagat) boleh tidak peka tentang nyawa manusia,” kata isteri mangsa, Alicia Paxson.

Kenderaan Paxon terjunam terjunam ke dalam air sedalam 6 meter, manakala anggota-anggota penyelamat menemui mayatnya di dalam jipnya yang terbalik dan sebahagiannya tenggelam. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia raba dada saya – Sarimah

Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi

Tudung Nelydia Senrose terbang?

Caprice dakwa Bapa Mondy kena ‘payung’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker