Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
Seremban: Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) giat mengesan pemimpin tarekat Al-Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah, Habib Shah Firdaus Habib Ahmad, yang dipercayai sudah berada di negara ini sejak 21 Ogos lalu.
Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, sebelum ini pemimpin terbabit dilaporkan berada di Makkah bersama beberapa pengikutnya tetapi diarahkan pihak berkuasa Arab Saudi pulang ke Malaysia.
Katanya, JMNS memerlukan Habib Shah Firdaus tampil ke jabatan itu secepat mungkin untuk siasatan lanjut dan tindakan berkaitan urusan membatalkan amalan tarekat dibawanya kerana bercanggah dengan syarak.
“Hasil siasatan JMNS mendapati amalan yang dilakukan Habib Shah Firdaus bertentangan dengan hukum syarak dan sebab itu kita mengeluarkan arahan menutup pusat pengamalan tarekat berkenaan di Labu, Seremban, sejak 3 Ogos lalu.
“Namun, kita mahu beliau tampil untuk menyatakan pendiriannya sendiri terutama berhubung kenyataan dan dakwaannya bahawa Imam Mahadi akan muncul pada Hari Arafah tahun ini,” katanya.
Beliau ditemui selepas Majlis Penutup Program Irsyad Al-Fatwa Perdana Sempena 25 tahun Jabatan Mufti Negeri Sembilan di Dewan Utama d’Tempat, Bandar Sri Sendayan, di sini, hari ini.
Beliau berkata, usaha menghubungi Habib Shah Firdaus setakat ini juga gagal kerana nombor telefon yang digunakan tidak ada maklum balas.
Sebelum ini, JMNS bertindak menutup pusat pengamalan tarekat berkenaan yang beroperasi di Lot 3263, Jalan Labu Batu 8, Kampung Jawa, Labu, di sini, bermula 3 Ogos lalu.
Habib Shah Firdaus didakwa melakukan perbuatan atau amalan yang bercanggah amalan tarekat tasawuf mengikut perenggan 11(1)(h) Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri Sembilan 2005. HM
Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
Baca Artikel Menarik:
- Pengakuan PAS
- Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14
- Dr Ampikaipakan, penyelamat nyawa saya – Muhyiddin
- Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM – Shabery
- Cucu Mat Kilau ambil kesempatan kejayaan filem Mat Kilau masuk gelanggang PRU15
- UMNO hari ini memang lain, bukan lagi kuku besi – Razlan
- Hadi, Takiyuddin dicabar dedah nama pemimpin UMNO runding dengan Pas
- Pramugari beri kacang kepada ‘influencer’ berisiko berdepan tindakan tatatertib
- Wanita ‘menangis tak berlagu’ anak isi air ke dalam tangki petrol
- PM caretaker Thailand selamba tidur ketika mesyuarat
- Taikun rugi RM11 juta emas lesap ketika penerbangan
- Hend Bustami hampir diperkosa polis kerana diri terlalu cantik
- Kerjasama PAS-UMNO: Muhyiddin panas punggung, mahu PAS jelaskan malam ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.