Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
PUTRAJAYA – Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak sesekali menuduh kononnya seseorang berzina atau liwat tanpa bukti kukuh termasuk melibatkan pemimpin negara.
Nasihat itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar susulan tular dakwaan Ahli Parlimen berhubung isu itu.
“Saya menasihati masyarakat Islam secara keseluruhan tanpa merujuk kes spesifik yang tertentu, jangan sesekali buat tuduhan aib sedemikian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam 2023 di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, seperti peruntukan undang-undang sivil, kesalahan qazaf kelazimannya bermula dengan aduan dikemukakan kepada pihak berkuasa agama.
“Jika ada aduan kepada badan penguatkuasaan agama, maka siasatan boleh dijalankan dan kemudian baru mahkamah syariah dengar hujah oleh pendakwa syarie,” jelasnya.
Bagaimanapun ujarnya, hakim juga mendengar pembelaan daripada tertuduh dan selepas itu mahkamah boleh membuat keputusan sama ada berlaku kesalahan qazaf atau tidak.
Pada Selasa lalu, kekecohan berlaku di antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang di Dewan Rakyat apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh isu melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan jenayahnya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Perkenal semula Kedai Rakyat 1Malaysia – Pemuda UMNO
- Taman bandar bakal jadi tarikan utama TRX
- Itu tunang saya – Noh Salleh
- Saudi akan adakan hubungan dengan Israel – MBS
- Akaun IG Che Ta lesap
- Meninggal ketika ambil wuduk
- Bekas menantu Zainal Abidin dedah Zaiza menyuruh orang menidurinya beramai-ramai
- Rita Nadira digelar ‘anak babi’?
- Saya pegang pen, bukan hisap vape – MP PN
- Makan babi baca Bismillah, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun
- Caprice upah ‘bodyguard’ jaga Mondy di Malaysia
- Kenapa Hamzah tolak runding peruntukan dengan Anwar?
- Bila Pak Sheikh naik sheikh
- Radzi Jidin perlu dihukum
- Video viral timbalan menteri beli barang bawah RM200, Fuziah kata video lama
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tuduhan PM peliwat, laporan polis di seluruh negara ke atas Radzi
You must be logged in to post a comment.