Dr. Say Shazril dedah pernah ‘kantoi’ tak bayar cukai tertunggak LHDN RM40,000

Tangkap layar video Dr. Say Shazril berkongsi cerita ‘terkantoi’ tidak membayar cukai LHDN sehingga mencecah RM40,000

Seorang pempengaruh media sosial yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril pernah ‘terkantoi’ tidak membayar cukai pendapatan sehingga mencecah RM40,000 antara 2018 hingga 2019 menerusi gaji diperolehi sebagai ‘influencer’ serta mengacara rancangan televisyen.

Kisah itu diceritakan oleh Dr. Say Shazril atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin menerusi akaun Instagram berhubung kebijakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memantau media sosial terhadap individu khususnya dalam kalangan pempengaruh dan selebriti.

“Pada Oktober 2020 saya dapat surat daripada LHDN minta hadir ke LHDN Jalan Duta. Awal-awal ingatkan scam, tapi sampai (terima) dua surat… jadi saya tahulah (bab cukai).

“Saya dah fikir, nak minta maaf tak tahu apa-apa tentang percukaian. Sebab jujur saya tak tahu bab ini. Saya naik ke Unit Selebriti LHDN dan disambut oleh ejen LHDN. Dia bawa saya ke bilik mesyuarat sambil pegang fail A4 agak tebal dan tunjuk pada saya.



“Dia tanya, adakah ini saya dan saya jawab, semua itu saya. Penuh gambar saya buat kempen media sosial untuk jenama-jenama selain jadi hos. Saya belek semuanya muka saya. Memang kena ‘kantoi’, maka soal siasat bermula,” katanya pada video tersebut.

Beliau berkata, antara yang disoal adalah bayaran untuk muat naik gambar serta video di media sosial selain pendapatan diperolehi menerusi pengacaraan di dua rancangan televisyen berbentuk kesihatan.

“Pendapatan dari 2016 dan 2017 tidak ada masalah kerana ketika itu saya masih kerja kerajaan. Ada potongan cukai bulanan daripada gaji bulanan saya. Jadi masalah pada 2018 dan 2019 apabila saya ‘freelance’.

“Semestinya saya tak ingat 2018 dan 2019 itu sebab kerja media sosial ini bayaran masuk lambat selepas dua tiga hari, malah ada yang lepas enam bulan. Tapi LHDN bijak dan mereka tahu saya ada aset sebuah rumah, kereta dan motosikal.



“Dari tiga aset ini, disimpulkan pendapatan saya adalah RM160,000 setahun dan perlu bayar cukai berdasarkan jumlah tersebut bersamaan RM25,000 masing-masing untuk 2018 dan 2019,” ujarnya.

Dr. Say Shazril berkata, jumlah kesemuanya iaitu RM50,000 sangat tinggi dan dia seolah-olah mahu pitam memandangkan perlu dibayar dalam masa sebulan.

“Bagaimanapun ejen LHDN beritahu ia bukan jumlah ‘final’ serta menasihatkan saya mencari dokumen resit untuk tolak pelepasan cukai. Saya kembali nak pitam, mana nak cari resit tiga empat tahun lepas sebab saya jenis tak simpan apa jua resit.

“Bila balik korek-korek, ada resit beli laptop dan iPhone yang boleh tuntut untuk pelepasan cukai. Kemudian daripada RM50,000 (berubah) kepada RM40,000 serta boleh mohon buat bayaran ansuran,” katanya.



Beliau kemudian membayar secara ansuran tunggakan cukai tersebut selama enam bulan dengan menjelaskannya hampir RM6,700 setiap bulan.

“Jadi jangan sesekali ingat kita boleh lari cukai. Tak kira besar kecil, LHDN ada mata-mata memerhati dan mereka ara cara korek info segala. Simpan apa jua resit sebab boleh dapat pelepasan cukai.

“Bayar cukai ini bantu pembangunan ekonomi, pengangkutan awam dan kesenangan kita juga,” katanya yang turut mengingatkan pempengaruh media sosial supaya cakna terhadap bayaran cukai pendapatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai



Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?



Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker