Nasi goreng Ahmad Maslan jadi bahan netizen [VIDEO]

Ahmad berkongsi video masakan nasi goreng di Facebook.

Jika sebelum ini perkongsian video memasak nasi goreng daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan meraih pujian ramai, namun kali ini sebaliknya berlaku.

Hantaran videonya di Facebook itu membawa fokus orang ramai terhadap isu beras yang hangat diperkatakan rakyat, kini.

“Inilah rupa nasi goreng istimewa petang ini, balik daripada kerja sebelum saya pergi ke Kuching, Sarawak, untuk persidangan.

“Dalamnya ada macam-macam sayur, cendawan, brokoli, telur, ayam, bawang dan perisa,” katanya menerusi video tersebut.

Orang ramai rata-rata mengingatkan Ahmad untuk berjimat dan memintanya menggunakan teknik ‘merebus’, ekoran harga beras yang meningkat kini.

“Resepi bubur nasi la pula Datuk, jimat sikit beras. Musim beras mahal ni,” kata Noraidah Harun.

“Duit tu Datuk, hati-hati dengan beras sekarang,” pesan Ar Juna.

“Dulu hari-hari boleh goreng nasi Datuk, sekarang ni kena makan nasi rebus, jimat. Beras mahal, Datuk!,” ujar Khairiel. – KOSMO! ONLINE.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi

Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker