Caprice, Mondy Tattoo dipanggil polis

Caprice, Mondy Tattoo dipanggil polis

Polis akan memanggil penyanyi rap, Caprice dan wanita Indonesia dikenali sebagai Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, berkata, pihaknya sudah menerima arahan bagi menyiasat kes itu.



Setakat ini, hanya satu laporan dibuat Ebit di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, semalam.

“Kita sudah merakam keterangan Ebit Lew dan akan merekodkan keterangan daripada Caprice dan wanita Indonesia itu dalam tempoh terdekat.

“Ia adalah prosedur bagi melengkapkan siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.



Semalam, Ebit tampil membuat laporan polis terhadap dakwaan berlaku fitnah melampau dilemparkan terhadapnya berhubung seorang wanita mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah bebas terkenal dari Malaysia. BH

Caprice, Mondy Tattoo dipanggil polis

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?



Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker