Suami trauma lihat isteri bersalin gagal saman hospital

MELBOURNE, AUSTRALIA – Seorang lelaki di Australia gagal dalam tindakannya untuk menyaman sebuah hospital di Melbourne selepas mendakwa dia digalakkan menemani isterinya melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan.

Situasi itu menurutnya menyebabkan dia mengalami trauma berpanjangan, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Pada Januari 2018, isteri plaintif, Anil Koppula melahirkan seorang bayi yang sihat menerusi pembedahan itu di Hospital Diraja Wanita Melbourne.

Plaintif dibenarkan masuk ke bilik pembedahan semasa prosedur itu, yang menyebabkan dia melihat organ serta darah isterinya.

Keadaan itu mengakibatkan lelaki berkenaan mengalami masalah psikotik.

Selepas beberapa tahun kemudian, dia cuba menyaman hospital tersebut dengan menuntut sebanyak AUD$1 bilion (RM3.01 bilion) sebagai ganti rugi psikologi.

Anil yang mewakili dirinya semasa prosiding undang-undang mendakwa hospital berkenaan melanggar kewajipan penjagaan yang sepatutnya diberikan kepadanya sambil menambah, masalah psikologi itu turut menyebabkan keretakan perkahwinannya.

Hospital tersebut kemudian berhujah bahawa kaum wanita sering dibenarkan membawa pasangan atau ahli keluarga di dalam bilik bedah untuk memberi sokongan kepada mereka, selain mengaku ada memberi amaran kepada plaintif mengenai prosedur itu.

Kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Agung Victoria.

“Saya berpuas hati dengan keputusan penentuan Panel Perubatan bahawa Anil Koppula gagal mendapatkan pampasan untuk kerugian bukan ekonomi,” kata keputusan mahkamah. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker