Minyak masak peket hanya dijual kepada warga asing yang viral di NSK hanya salah faham

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan pemeriksaan di Pasar Raya NSK di Jalan Peel, Kuala Lumpur berhubung dakwaan penjualan minyak masak peket sekilogram kepada warga asing tanpa kawalan.

KPDN dalam kenyataan semalam memaklumkan pemeriksaan dijalankan penguat kuasa KPDN Kuala Lumpur selepas mengambil maklum laporan media dan video yang tular pada Khamis, yang mendakwa jualan minyak masak peket bersubsidi kepada warga asing itu menyebabkan berlaku kekurangan bekalan dan warga tempatan tidak dapat membeli bekalan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati berlaku salah faham antara beberapa pelanggan yang ingin membeli minyak masak peket sekilogram bersubsidi dalam kuantiti yang banyak,” menurut kenyataan itu.

KPDN memaklumkan pasar raya berkenaan telah mengehadkan pembelian minyak masak peket sekilogram bersubsidi maksimum hanya tiga peket sahaja bagi setiap transaksi, namun ada beberapa pelanggan yang tidak dibenarkan membuat pembelian melebihi had tersebut tidak berpuas hati.



“Pihak Pasar Raya NSK juga telah mengesahkan bahawa tidak berlaku penjualan minyak masak peket sekilogram hanya kepada warga asing sahaja seperti yang didakwa dalam video yang tular itu,” menurut KPDN serta menambah pihak pasar raya telah membuat satu laporan polis berhubung isu tersebut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker