Ismail Sabri bela negeri ditadbir ‘pembangkang’

Ismail Sabri Yaakob “sangsi” keupayaan menoktahkan 114,000 keluarga miskin tegar pada hujung tahun, termasuk status 50% siling peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kepada empat negeri pembangkang dan Borneo.

Bekas perdana menteri itu berkata, dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 pada Isnin di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak menyentuh secara mendalam berkait hal itu kepada Perlis, Kedah, Kelantan, dan Terengganu, selain Sabah serta Sarawak.

Katanya, bagi menghapuskan miskin tegar juga membabitkan pembangunan seimbang antara wilayah untuk memastikan pembahagian ekonomi dapat dinikmati semua pihak.



“Ini bagi memastikan jurang antara wilayah ini dapat dikurangkan dan meningkatkan tahap sosio ekonomi penduduk di negeri-negeri ini dengan pembangunan infrastruktur. Namun, perkara ini tidak disentuh secara mendalam ketika pembentangan KSP. Apakah peruntukan sebanyak 50% ini akan diteruskan untuk negeri-negeri ini?

“Benar, Selangor dan Pulau Pinang penyumbang terbesar kepada pertumbuhan KDNK, tetapi negeri-negeri ini telah mendapat keistimewaan dan dibangunkan dengan pelbagai infrastruktur sejak zaman penjajah lagi,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bera ketika mengulas lanjut berkata perubahan minda atau cara fikir menjadi cabaran terbesar dalam usaha menghapuskan kemiskinan.

“Tanpa anjakan minda amat sukar usaha ini untuk berjaya. Sebab itu, usaha untuk menghapuskan kemiskinan tegar yang dilaksanakan sebelum ini tidak membuahkan hasil,” katanya sambil menggesa kerajaan mendedahkan berapa ramai keluarga keluar daripada senarai miskin tegar.



Dalam pada itu, beliau berkata harga barang sepatutnya turun kesan inflasi mereda.

“Namun, rakyat hari ini masih perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli barang dapur,” katanya.

Beliau juga mencadangkan kerajaan menilai semula langkah pengurangan permit import makanan kerana membuka ruang kepada monopoli, sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang.

“Dalam keadaan mencabar ini, kita memerlukan langkah jangka pendek bagi memastikan harga bahan makanan khususnya beras tidak naik dengan mendadak,” katanya mengambil maklum kesukaran mendapatkan beras putih tempatan atas faktor harga beras import.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA

Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu



Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya

Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker